Monday, August 26, 2013

PM Hadir Majlis Jusuf Kalla, Berita Baik Untuk Najib-Anwar?

Najib (tiga dari kiri) dan Rosmah (tiga dari kanan) bergambar kenangan di acara perkahwinan anak perempuan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

PM hadir perkahwinan anak Jusuf Kalla
JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan bekas naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang diadakan secara gilang-gemilang di Ballroom, Hotel Ritz Carlton, Pacific Place, Jakarta.

Acara itu diwarnai kebudayaan dan adat istiadat Bugis kerana Jusuf berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan. Najib dan Rosmah, yang tiba di sini petang ini, mengucapkan tahniah kepada Jusuf dan isterinya, Mufidah Kalla serta pasangan pengantin baharu iaitu Chairani Jusuff Kalla dan suaminya, Marah Laut C. Neor.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut bertemu Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Yudhoyono tiba di majlis itu tidak lama selepas Najib. Kedua-dua pemimpin itu kelihatan berbual mesra pada pertemuan itu, begitu juga dengan Rosmah dan Ibu Negara Ibu Ani Yodhoyono.

Najib dan Yudhoyono berserta Rosmah dan Ibu Ani kemudian beredar meninggalkan majlis itu bersama-sama. Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang ke tanah air malam ini. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apakah ini berita baik untuk usaha damai Najib-Anwar?

1 comment:

Pendekar Tanpa Nama said...

Kalau Anwar dan Najib berdamai dan tubuhkan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat apa manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Malaysia dan siapa pulak yang akan jadi PM Najib,Anwar,Tengku Razaleigh atau Abdul Hadi Awang ? Adakah perikatan ini diwujudkan untuk menghalang pakatan Muhyiddin-Mahathir ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails