Tuesday, August 06, 2013

Ratu Skuasy Negara Umat Islam M'sia, Lihat Pakaiannya..


 Ratu skuasy negara Datuk Nicol David, lihat pakaiannya..
SUKAN
Nicol Cipta Hatrik Raih Emas Pada Sukan Dunia
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mencipta hatrik apabila meraih gelaran juara buat kali ketiga berturut-turutpada kejohanan Sukan Dunia 2013 di Cali, Colombia.
Juara dunia itu meraih pingat emas selepas menewaskan pencabarnya Natalie Grinham dari Belanda dengan 3-0.
Menurut laman web kejohanan www.worldgames2013.com.co, Nicol tidak perlu berkerja keras untuk menundukkan Natalie yang meraih pingat perak dengan straight set 11-6, 11-9, dan 11-8.
Pingat gangsa diraih Camille Serme dari Perancis selepas mengalahkan seorang lagi wakil negara Low Wee Wern 3-0 dengan mata 11-8, 11-4 dan 11-4.
Nicol sebelum ini merangkul emas pada kejohanan empat tahun sekali ini di Duisburg, Jerman pada 2005 dan Kaohsiung, Taiwan pada 2009.-BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ratu Skuasy Negara Umat Islam M'sia, Lihat Pakaiannya.. Wajarkah disebut negara Islam?

11 comments:

kampong lad said...

dia kristian la!

Anonymous said...

adalah lebih baik kita memperbetulkan diri dan dalam rumah kita sendiri dahulu sebelum bercakap tentang orang lain.

mohd.azrul said...

Nicol.david.perlu.hormat.kpd.org.islam.dgn.pakai.pakaian.sopan.

QalamQabut said...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ratu Skuasy Negara Umat Islam M'sia, Lihat Pakaiannya.. Wajarkah disebut negara Islam?

Tidak! Aku cadangkan kita sebut NEGARA KAPIAQ. Aku rasa geng Pakatan tentu setuju sangat...

Anonymous said...

biar lah dia...dia da banyak mengharumkan nama negara..orang komen pasal pemakaian dia..coz dia ahli sukan,da gitu yang dia sesuai ttok bertanding

Anonymous said...

Orang melayu ka islam ka yang kita dok pi sebok pasai pakaian orang tu pasai apa ? sudahkah kita pebetui anak bini kita ahli keluarga kita pupu poyang kita dengan pakaian yang betui kalau yang dikilin kita pun dok belemuih lagi tok dok pi becakap hai orang nanti dipadang mahsyar semua kita kena jawab atas diri sendiri dan yang dibawah tanggungan kita ada faham,!!!!!!!!! ka

Anonymous said...

Orang melayu ka islam ka yang kita dok pi sebok pasai pakaian orang tu pasai apa ? sudahkah kita pebetui anak bini kita ahli keluarga kita pupu poyang kita dengan pakaian yang betui kalau yang dikilin kita pun dok belemuih lagi tok dok pi becakap hai orang nanti dipadang mahsyar semua kita kena jawab atas diri sendiri dan yang dibawah tanggungan kita ada faham,!!!!!!!!! ka

kero86 said...

Al-Ismaili rahimahullah berkata:

“Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

kalaulah sesebuah negara islam dinilai dari segi pakaian untuk menentukan Islam ataupun tidak.
saya rasa mustahil kerana setiap negara akan ada org bukan Islam, dh org bkn Islam dh tentunya xtutup aurat.

kalau silap tlg betulkan ye...

Anonymous said...

pakcik anak Hasyim.. sila berblog denfgab menggunakan otak yang bijak!!!

zAMAN said...

' sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”.

Jadi, Semua negara2 di dunia boleh solat sudah negara Islam? Termasuk Rusia & Israel yang boleh solat bebas.

Pegi belajar lagi la syamdul!!

Anonymous said...

Biarlah org bukan Islam ni tak pakai apau pun....dia ahli sukan..bukan ISlam. Yg Islam pun ade jugak masuk Gimnastik....jogging petang2 kat taman tasik.
Lagipun aku tengok Nicol tu pakai skirt mcm mana pun takde la nak bernafsu pun. Tak tau la kalau ada yg ter'stim' tengok Nicol....haii lain macam nafsu kuda...he..he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails