Monday, August 26, 2013

Rogol Ramai-ramai Wujud Semula Di India

 ANGGOTA polis membawa seorang suspek kes rogol jurugambar wanita ke sebuah mahkamah di Mumbai, India semalam.

Polis cekup semua suspek rogol jurugambar

MUMBAI - Polis semalam menangkap suspek kelima dan terakhir berhubung kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang jurugambar wanita di bandar raya ini. Serangan itu membangkitkan kembali kemarahan tentang layanan buruk terhadap wanita di India.

Lima lelaki itu didakwa memperkosa mangsa yang berusia awal 20-an di pusat bandar ini semasa dia dan rakan sekerjanya membuat liputan majalah pada Khamis lalu. Mereka didatangi kumpulan berkenaan yang mengikat rakan sekerja wanita itu menggunakan tali pinggang sebelum merogol mangsa di kawasan berdekatan. Kejadian rogol beramai-ramai itu berlaku di pekarangan sebuah kilang terbiar bersebelahan dengan kawasan apartmen dan blok pejabat, kedai dan restoran di sini.

Serangan itu mengembalikan ingatan tentang kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di New Delhi pada Disember tahun lalu yang mencetuskan protes besar-besaran. Jurucakap polis, Satyanarayan Choudhary berkata, anggota-anggotanya menangkap suspek pertama pada Jumaat lalu dengan tangkapan kedua dibuat keesokan harinya.

Lewat kelmarin pula, katanya, mereka menangkap dua lagi suspek selepas menyoal siasat kedua-dua suspek yang ditahan. Menurut polis, suspek kelima ditahan di ibu kota India, New Delhi.
"Pihak polis mempunyai bukti kukuh terhadap kesemua suspek dan satu pendakwaan lengkap akan difailkan terhadap mereka," tambahnya.
Jenayah itu berlaku lapan bulan selepas seorang wanita berusia 23 tahun dirogol lima lelaki di dalam sebuah bas bergerak di New Delhi dengan rakan lelakinya dibelasah. Mangsa yang cedera parah meninggal dunia dua minggu kemudian. - AFP

Lihat Sebelum ini...
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

Post a Comment