Saturday, August 17, 2013

Saintis Hasilkan Daging Burger Dalam Makmal




Professor Mark Post sedang memegang daging kultur yang mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama dengan daging sebenar.



JOM KREATIF
LONDON - Sekumpulan saintis kelmarin menyatakan, mereka menghasilkan daging burger pertama di dunia menerusi proses kultur di makmal.

Ketua saintis itu, Professor Mark Post dari Universiti Maastricht di Belanda memberitahu, daging burger itu digoreng bersama sedikit minyak dan mentega dan dihidangkan kepada beberapa sukarelawan untuk ujian rasa. Daging burger kultur tersebut dipercayai seberat 140 gram dengan ia dihasilkan menerusi kajian yang menelan belanja 250,000 euro (RM1.07 juta).

Kajian tersebut mendapat sokongan daripada pengasas Google, Sergey Brin. Daging burger itu dilaporkan mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama dengan daging sebenar tetapi ia tidak mempunyai jus seperti daging lembu. Dinamakan Frankenburger, daging kultur itu dihasilkan dengan menggunakan sel otot lembu hidup yang kemudian dibiak di dalam makmal atau kultur selama tiga bulan.

Ia kemudian dicampur garam, serbuk telur, serbuk roti dan diwarnakan dengan jus ubi dan safron. Post memberitahu, daging kultur itu bakal menggantikan daging lembu biasa dalam diet berjuta-juta orang.
Menurut beliau, penggunaan daging kultur dapat membantu menangani situasi kekurangan makanan di dunia pada masa depan. - AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails