Thursday, August 01, 2013

Sambut Hari Raya,14 Kaki Judi Dicekup.. Guru Kencing Berlari....


Kuala Lumpur: Seramai 14 kaki judi ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi yang dijalankan di lima premis agensi nombor ramalan di sini, semalam.
Difahamkan, jumlah kaki judi yang ditahan pada kali ini meningkat kepada 40 orang berbanding tahun lalu seramai 26 orang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, operasi yang dijalankan bersama 15 anggota itu bertujuan membanteras amalan segelintir umat Islam yang gemar berjudi terutama ketika Ramadan.

“Jumlah berkenaan termasuk seorang wanita dan lapan warga asing berusia antara 23 hingga 60 tahun serta ditahan di dua lokasi berasingan iaitu Bangsar dan Brickfields.
“Sesetengah daripada mereka menganggap judi ini perkara ringan. Mereka perlu sedar wang yang digunakan ini haram jika dibelanjakan kerana ia akan menjadi darah daging,” katanya ketika ditemui selepas operasi di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi umat Islam yang berterusan terbabit dengan judi ia memberi kesan kepada ibadah sehingga menjadikan mereka ingkar kepada perintah Allah SWT.

“Begitu juga dengan premis, sepatutnya mereka bertegas melarang umat Islam daripada membeli nombor ekor meskipun dalam premis ada tertera notis larangan, “katanya.

Menurut Wan Jaapar, mereka yang ditahan berdepan hukuman mengikut Seksyen 18 Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559) yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara.

“Mereka yang ditahan pada hari ini (semalam) akan menjalani proses siasatan dalam tempoh 24 jam sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.
“Jika didapati bersalah, mereka akan didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak larang macam mana, kerajaan Malaysia pun main judi, siapkan tempat judi. Muntah ke darah, tak kira 'halal haram' dari sisi agama. Bukan kira bulan puasa atau sambut Hari Raya saja. Guru berdiri, murid kencing berlari, kata pepatah.

Ini bukan kencing berdiri lagi, guru dah kencing berlari, bayangkan muridnya bagaimana? Itulah Malaysia!

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails