Sunday, August 11, 2013

Sambut Raya Di Birmingham. Ning Baizura Baru Sedar...


HALAMAN HIBURAN
Selama 38 tahun melayari kehidupan, inilah Aidilfitri terindah buat penyanyi lagu Pasti, Ning Baizura Sheikh Hamzah.

Kehadiran Ryan Sky Dalton sejak enam bulan lalu dalam kehidupan wanita mesra disapa Ning itu bersama suaminya, Omar Sharif Christopher Layton, 38, menjadi anugerah paling berharga daripada Yang Maha Esa.
“Aidilfitri tahun ini sangat istimewa buat kami suami isteri kerana inilah kali pertama kami meraikannya bersama bayi selepas lima tahun berkahwin. Dulu perasaan cemburu bermain-main dalam hati saya setiap kali melihat wanita lain mendukung anak kecil mereka.

“Tambahan pula, peringkat awal perkahwinan lagi saya memang mahukan anak tapi rezeki saya dan suami, dapat lambat sikit. Namun tak mengapa saya percaya setiap ketentuan itu ada hikmah di sebaliknya.

“Alhamdulillah pada 31 Januari yang lalu, Ryan selamat dilahirkan dan kehadirannya mengubah 360 darjah hidup saya. Perasaan bahagia yang saya rasakan sekarang sejak kelahiran Ryan tak mampu diungkap dengan kata-kata. Barulah saya sedar betapa seronoknya menjadi seorang ibu. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata Ning, "Barulah saya sedar betapa seronoknya menjadi seorang ibu..."  Al-hamdulillah! Tutup buku hitam yang lama, bukalah buku baru fitrah yang bersih!  Moga-moga....

Video: Ning Beraya Di UK  

No comments:

Post a Comment