SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengambil pendirian
untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan
yang mengaitkan dirinya dengan ajaran tesebut.
Sebaliknya, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggil Mat Sabu
mendakwa, isu itu sengaja dibangkitkan media setiap kali tiba musim
pemilihan parti.
"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab.
"Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," kata Mat Sabu, lapor Antarapos.
Pas akan mengadakan pemilihan parti itu pada November ini. Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mat Sabu antara
nama yang menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan
dengan ajaran itu.
Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah
tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan
Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu
Israel dan Amerika. Malah terdapat dakwaan Syiah sudah menular di beberapa pusat pengajian
tinggi dan pemimpin Pas juga diresapi pengaruh mazhab tersebut. (SH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
3 comments:
syiah menghalalkan bertaqiyah kata mat sabun
Abg Mat tau ke tak syiah tu sesat dan bukan Islam ?
Hangpa tau ke tak ramai ahlussunnah waljamaah kat malaysia nie lbih teruk sesatnya dr syiah.ada hangpa peduli.
Post a Comment