SELAMAT Hari Raya..
Mari kita lihat sejarahnya..
Bermula apabila Rasulul SAW berhijrah ke Madinah. Beliau dapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab masa itu. Rasul bertanya, apa 2 hari raya itu? Hari perayaan warisan turun temurun, jawab mereka.
Kata Rasul, Islam gantikan 2 hari raya kamu itu dengan 2 hari yang lebih bermakna. iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha, dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Hari Kemenangan
Hari raya dalam Islam jelas menunjukkan ia adalah hari perayaan keagamaan. Kerana itu merainya adalah ibadat. Menyambutnya adalah suatu kemenangan bagi orang yang lulus mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana kalau, buat batal puasa.
Kerana itu Allah anugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan dari kemenangan itu. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Hari Agama..
Kerana perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan yang ditentukan agama. Bila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
- "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."
Ingat! Jangan berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambutnya. Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambutnya. Seperti boros berbelanja, semata-mata bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada beliau, katanya..
- “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat menyambut Aidilfitri." Lalu beliau segera bertanya: "Kenapa saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”
Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep bantu-membantu itulah yang perlu diketengahkan. Tidak sempurna iman seseorang itu, tidur dalam kekenyangan sedang jirannya dalam kelaparan. Bukan konsep bergaya, bermegeh-megeh, dan membazir di tengah-tengah kemiskinan rakyat!
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Jangan Materialistik.
Antara budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya di negara kita ialah 'beri duit raya'. Anak-anak orang Islam menziarahi jirannya disedeqahkan wang. Alhamdulillah, konsepnya baik. Membantu sesama miskin. Ringan, ringan!
Tetapi kalau terjadi sebaliknya, boleh membebankan yang sudah miskin. Keluarga si miskin tidak mampu mensedeqahkan kepada tetamu yang menziarahi rumahnya. Apalagi kanak-kanak, akan tertumpu ke rumah yang dapat banyak duit. Kata mereka, "Pergi ke rumah pakcik miskin tu,tak dapat duit!" "Pakcik tu kedekut, tangkai jering, tahi hidung masin!". Dan lan-lain.
Jadi, konsep bantu membantu dan berziarah itu telah di 'materialistik'kan. Ini suatu contoh kecil.. Faham materialisme atau 'kebendaan' itu boleh menenggelamkan hikmah puasa atau hari raya.
Nabi Nuh AS pernah mengadu kepada Tuhannya dan Tuhan kita semua..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Hari Tanpa Maksiat.
Ada yang menganggap Aidilfitri adalah ‘kebebasan’. Kerana secara harfiah makna Aidilfitri ialah hari kembali ke fitrah. Mereka memandang Aidilfitri laksana hari pembebasan daripada ‘penjara’ Ramadan. Jadikanlah Aidilfitri kali ini hari raya bebas tanpa maksiat. Sambutlah kedatangan 1 Syawal dengan takbir dan tahmid sebanyak-banyaknya.
Jangan dilayani kebanyakan siaran tv-tv di Malaysia, menyambut hari raya dengan kegiatan-kegiatan maksiat, menambahkan dosa dari berpahala. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita orang bertakwa agar termasuk dalam golongan insan berjaya di sisi Allah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Kalau ada jarum patah
jangan simpan dalam peti
Kalau ada silap salah
jangan simpan dalam hati..
Ertinya tidak berdendam, marilah kita bermaaf-maafan.. walaupun melalui webblog sahaja.
Sekian, wallahul'aklam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
7 Ogos 2013. KL
Ketika hampir berbuka puasa.

- “Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu derhaka kepadaku, dan mereka mengikuti orang yang harta dan anaknya tiada menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. (Surah Nuh ayat: 21)
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Hari Tanpa Maksiat.
Ada yang menganggap Aidilfitri adalah ‘kebebasan’. Kerana secara harfiah makna Aidilfitri ialah hari kembali ke fitrah. Mereka memandang Aidilfitri laksana hari pembebasan daripada ‘penjara’ Ramadan. Jadikanlah Aidilfitri kali ini hari raya bebas tanpa maksiat. Sambutlah kedatangan 1 Syawal dengan takbir dan tahmid sebanyak-banyaknya.
Jangan dilayani kebanyakan siaran tv-tv di Malaysia, menyambut hari raya dengan kegiatan-kegiatan maksiat, menambahkan dosa dari berpahala. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita orang bertakwa agar termasuk dalam golongan insan berjaya di sisi Allah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Kalau ada jarum patah
jangan simpan dalam peti
Kalau ada silap salah
jangan simpan dalam hati..
Ertinya tidak berdendam, marilah kita bermaaf-maafan.. walaupun melalui webblog sahaja.
Sekian, wallahul'aklam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
7 Ogos 2013. KL
Ketika hampir berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment