Wednesday, August 21, 2013
Syria: Pembunuhan Beramai-ramai Senjata Kimia, 600 Terbunuh..
DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.
Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency. Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.
Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa "gas sarin". Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah, sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan kanak-kanak sekolah.
Sementara itu, rakaman video di sebuah hospital menunjukkan para petugas perubatan sibuk merawat mereka yang terkena serangan gas tersebut yang majoritinya adalah golongan kanak-kanak. Beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kesan serangan tersebut juga mula disebar di internet. (Hrkh).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment