SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberikan Anugerah
Integriti kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat. Anugerah khas itu disampaikan Menteri Besar
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar
yang mewakilinya sempena sambutan Hari Belia Selangor bertemakan Tolak
Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.
Menurut
Abdul Khalid, anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap
pentadbirannya Tuan Guru yang bersih dari rasuah selama lebih 23 tahun
mentadbir negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu. Tuan Guru tidak dapat hadir ke majlis itu malam tadi, berikutan kesihatannya tidak mengizinkan dan baru keluar hospital.
Bagaimanapun beliau menyampaikan rasa kesyukurannya melalui anaknya terhadap penganugerahan itu.
“Bapa
saya menyatakan kesyukuran atas anugerah ini dan teruja dengan kejayaan
Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,” kata Nik Omar dipetik Selangorku.
Beliau
berkata, bapanya bertekad menolak amalan rasuah dalam tempoh 23 tahun
menerajui Kelantan dengan membuktikannya melalui tingkah laku dan cara
pentadbiran.
“Cara kehidupan yang sederhana, kewarakannya, sifat
zuhudnya. Setiap pagi ketika di pejabat bersolat sunat memohon kepada
Allah supaya segala apa dilakukan mengikut jalan yang benar serta
menjadi contoh kepada pihak lain.
“Biarpun ada kalanya menerima
tohmahan daripada musuh politik namun dia tetap yakin dengan apa yang
dilaksanakan hingga beroleh kejayaan,” katanya. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment