Sunday, September 29, 2013

15 Gadis Cantik Hilang Setiap Hari, Negara Ditimpa Bala..

Foto ELINA dipeluk erat ibunya apabila dia pulang ke rumah selepas melarikan diri dua bulan.

MENGEJUTKAN, apabila seramai 15 orang dilaporkan hilang setiap hari di negara ini dan rata-ratanya membabitkan gadis berusia 13 hingga 17 tahun yang kebanyakannya memiliki rupa paras menawan.

Lebih membimbangkan, polis mengesahkan antara punca kehilangan gadis berkenaan ialah diculik sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur di negara jiran. Menyedari isu terbabit menakutkan ibu bapa, terutama yang memiliki anak perempuan, wartawan Metro Ahad menemubual beberapa keluarga yang menderita akibat kehilangan anak gadis mereka, selain penyesalan beberapa remaja perempuan akibat keterlanjuran melarikan diri dari rumah.

Diharap kisah itu memberi iktibar kepada semua pihak, terutama ibu bapa dan remaja perempuan, bagi mengelak kesilapan sama berlaku dalam keluarga. Bagaikan menempah bala, seorang remaja perempuan di daerah ini yang lari dari rumah kerana mengikut beberapa lelaki baru dikenali dikurung selama seminggu, jarang diberi makan selain diugut bunuh jika cuba melarikan diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sunnah Allah berlaku pada makhluk-Nya, di mana jika maksiat termasuk perzinaan terlalu merajalela di dalam negaranya, maka Allah murka kepada mereka. Jika kemurkaan Allah terus berlangsung, maka Ia akan menurunkan hukuman-Nya ke bumi.

Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya".

Demikian, sedikit imbasan penjelasan, termasuk kepada ibubapa remaja, pemimpin-pemimpin negara dan ulama..Bala dari Allah SWT, turun lagi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails