Anwar: Tiada masalah bila Najib, Mahathir jumpa Paus
Bimbang
dengan kontroversi yang mungkin timbul MP Permatang Pauh Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya malam tadi meminta agar warga
kawasan tersebut memahami tujuan pertemuannya dengan Paus Katolik di Rom
kelak.Anwar berkata beliau diundang untuk menghadiri dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rom.
"Paus berhasrat untuk bertemu dengan beberapa delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah seorang daripadanya," katanya.
Beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab merancang melakukan pertemuan itu, kata Anwar yang tidak menyatakan butiran lanjut mengenai dialog berkenaan.
Beliau berucap kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang semalam.
"Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas perdana menteri Dr Mahathir jumpa Paus itu pun tiada masalah," katanya (MK)
No comments:
Post a Comment