Wednesday, September 25, 2013

Apa Kriteria Sesawang Hina Islam? -Datuk Dr Mujahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberikan penjelasan berhubung kriteria yang digunakan bagi menentukan sesuatu blog atau laman sesawang itu menghina Islam. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) berkata, kerajaan harus memberikan perhatian dan penelitian khusus berhubung perkara ini kerana mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan dalam isu ini untuk kepentingan politik.

"Saya ingin meminta penjelasan tentang penggunaan atau kriteria bagi melabelkan sesuatu laman sesawang itu menghina Islam atau tidak.
"Saya minta supaya perkara ini dibuat dengan penuh penelitian dan perhatian kerana apa yang berlaku dalam beberapa situasi di negara ini ialah portal yang dikatakan menghina Islam itu bukan sahaja persoalan dia menghina Islam tetapi juga mendapat liputan yang meluas sehingga asalnya untuk mengawal tetapi akhirnya menjadi isu yang besar.
"Jadi saya tidak mahu ada unsur-unsur politik yang cuba diambil kesempatan daripada portal-portal ini dan juga pihak tertentu menggunakan isu ini untuk kepentingan politik kerana ini sudah tentu tidak memeprlihatkan sikap serius kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut berkata, kerajaan juga tidak harus hanya memberikan perhatian ke atas portal yang menghina Islam sahaja sebaliknya perlu juga melihat portal yang menghina agama-agama lain.

"Jangan sahaja kita melihat portal yang menghina Islam tetapi juga harus melihat portal yang menghina agama lain juga kerana reaksinya adalah secara spontan begitu. Kalau ada blog yang menghina agama lain, maka akan ada blog yang menghina agama Islam," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Timbalan menteri, Datuk Jailani Johari dalam jawapannya berkata, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengenal pasti jenis kesalahan yang dilaukan pelimilik blog dan laman sesawang.

"Pihak kementerian tidak membezakan portal yang menghina agama Islam atau pun hina agama lain kerana biasanya dalam siasatan yang diambil kita akan kenal pasti jenis kesalahan, kenal suspek dan bawa kepada pendakwaan. Kita akan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan sepeti Jabatan Kemajuan ISlam Malaysia (Jakim) dan PDRM," katanya

Mujahid dalam soalan asalnya meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan jumlah blog yang menghina Islam, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya. Jailani memberitahu, sehingga Ogos 2013 sebanyak lima kertas siasatan sudah dibuka  yang melibatkan kesalahan menghina agama Islam. Selain tindakan mahkamah, sekatan juga dibuat ke atas blog-blog tersebut. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails