Pasangan berkenaan diambil keterangan oleh penguat kuasa Jaij
Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel. Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.
“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang selepas itu.
“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.
“Operasi ini turut disertai beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya selepas rutin operasi mencegah maksiat di daerah ini, semalam.
Menurut Saiful, walau apa juga alasan diberikan, pemuda dan pasangannya tetap melakukan kesalahan kerana berdua-duaan secara berkurung sehingga menimbulkan syak. Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,
“Pasangan ini akan dihadap ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.
“Operasi ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang makin menular di kalangan anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.
“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian untuk anak-anak remaja.. Firman Allah SWI
- "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)" (Al-Isra, :32)
Tafsiran Ringkas : Najis Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri). Kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan). Ayat di atas melarang kita untuk mendekati zina.
Ia bermaksud segala hal yang merupakan jalan menuju perzinaan wajib kita jauhi, apa lagi zina itu sendiri tentunya lebih wajib kita jauhi. Perlu juga kita sedari bahawa segala keterbukaan dan kebebasan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ini pasti menimbulkan akibat yg buruk pada masyarakat kita. Suatu keburukan akan lebih cepat merebak dibanding kebaikan.
Maksud daripada amaran Allah Ta'ala "jangan hampiri zina" ini adalah ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Seperti berdua-duan, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuatan, isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina adalah termasuk didalam amaran ini.
Rahsia mengapa Allah s.w.t menggunakan kalimah ‘janganlah engkau mendekati zina’, bukan ‘janganlah engkau berbuat zina’, telah disampaikan Syeikh As-Sa’di dalam tafsirnya. Kata beliau:
- “Larangan untuk sekadar mendekati zina lebih bermakna mendalam dari melarang perbuatannya. Sebab, ia bererti meliputi larangan terhadap seluruh pendahuluan dan pencetusnya. Orang yang berada di sekitar daerah yang terlarang, dikhuatiri terjebak di dalamnya. Terutama dalam masalah ini (zina), yang didorongnya sangat besar pada sebahagian orang.”
- “Aku tidak mengetahui dosa yang lebih besar daripada dosa zina setelah (dosa) membunuh nyawa manusia.”
Berhias dan kelihatan anggun menawan dalam kelompok bukan mahram, akan mejerumuskan wanita dalam pelbagai masalah. Keinginan lelaki kepada wanita seksi, memukau hiasan dirinya akan menjadikan gelora semangat tidak terkawal dan mendorong perbuatan rogol atau percubaan menggoda, dan akhirnya tergodam naluri seks pula, iaini najis zina. Islam menggalakkan perkahwinan kepada yang mampu, dan berpuasa kepada yang tidak mampu, dan melarang mengadakan halangan-halangan yang boleh menyekat perkahwinan. Contohnya, seperti meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi. Islam menafikan ketakutan kepada kemiskinan dan kepapaan kerana mempunyai anak-anak yang ramai.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
- “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)
- ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
- ”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsan wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
- Zina adalah perbuatan yang keji.
- Zina membuka jalan kepada pelakuan buruk yang lain.
Betapa banyak rumah tangga yang hancur berantakan gara-gara zina yang tidak
hanya mendatangkan keburukan kepada hubungan suami isteri tetapi juga
anak-anak mereka. Mangsa-mangsa zina dan perkosaan akan membawa aib
seumur hidup. Keburukannya kerana zina juga berlaku atas sifat
manusia yang tidak dapat mengawal nafsu. Keserakahan nafsu inilah yang
menjadikan nilai kehidupan semakin tidak selamat. Apabila dikuasa oleh
nafsu, manusia sangat mudah berkonflik, berbalah, dan seterusnya
berperang. Telah banyak tragedi berdarah yang berlaku kerana disebabkan
oleh perbuatan zina, termasuk berbunuh-bunuhan sesama manusia.
Sa’ad
bin Ubadah berkata,
- “Seandainya aku melihat seorang lelaki berzina dengan isteriku, maka akan aku penggal leher lelaki itu dengan pedang”, ucapnya.
Kesan perlakuan zina,
terutamanya dalam kalangan anak gadis atau wanita paling berat
menanggung bahana. Apabila didapati dirinya mengandung, dia hanya
mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan kandungan tersebut atau
menggugurkannya dengan pelbagai cara. Sama ada menemui dukun
tradisional, doktor, cuba melakukan sesuatu termasuk membunuh diri. Bagi
yang merasakan kandungan itu adalah darah dagingnya, turut menghadapi
persoalan dan kebimbangan, setelah kelahirannya di manakah akan
disorokkan bayi itu. Akibatnya bayi dibuang atau ditinggalkan
dimerata-rata tempat.
Di Malaysia, kisah pembuangan bayi telah berlaku
sekian lama, tetapi akhir-akhir ini ia telah menjadi semacam satu
kegilaan yang paling kejam. Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Sunnah Allah berlaku pada makhluk-Nya, di mana jika perzinaan merajalela, maka Allah murka kepada mereka. Jika kemurkaan Allah terus berlangsung, maka Ia akan menurunkan hukuman-Nya ke bumi. Abdullah bin Mas’ud, berkata,
- “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain dari Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar,dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya Dia mendapat (pembalasan) dosanya, akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh;maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Furqan: 68-70)
Sunnah Allah berlaku pada makhluk-Nya, di mana jika perzinaan merajalela, maka Allah murka kepada mereka. Jika kemurkaan Allah terus berlangsung, maka Ia akan menurunkan hukuman-Nya ke bumi. Abdullah bin Mas’ud, berkata,
- “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya".
1 comment:
allah marah tak takut plak
Post a Comment