Friday, September 06, 2013

Bekas Penyanyi Ina Naim Pakai Purdah, Tiada Masalah Lagi..

Imej terbaharu Ina Naim bersama suami dan anak-anaknya.

HALAMAN HIBURAN 

PETALING JAYA: Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33. Lapor mStar Online hari ini.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.
"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya. 

Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab. Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

"Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih
"Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.

Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007. Semoga pasangan suami isteri ini tetap istiqamah dengan pendirian pegangan Islamnya. Insya Allah dan Alhamdulillah! (IH/Sumber mStar)

1 comment:

Unknown said...

ade hikmah putus tunang sebab allah nak bg jodoh lbh baik...moga kekal sampai syurga....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails