WARTAWAN Harian Metro melakukan penyamaran di salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.
Kuala Lumpur: Amat mengecewakan apabila
wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk
diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang
mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.
Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet
selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil
memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan
kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia
bertudung.“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.
Bagi mendapatkan kepastian dakwaan Mira, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dengan memohon kerja di beberapa premis berkenaan. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini juga masuk dalam kategori hina Islam?
5 comments:
dalam negara Islam pun ada ini macam punya budaya kalau di negara bukan Islam biasa la
apa tindakan Pok Jib ye, bila HMetro pun dah dedahkan? Kot dia kata kedai tu milik DAP
BUKANKAH ITU PENGHINAAN KPD ISLAM!!! MANA PEGI PEKASAM,PEKIDA ,ASAN KELDAI,ZUL BIAWAK...PEGI LE
hehhh...pelik.... nak jd macam french ka????takpa2 rezeki ada di mana2
Seriously.. saya pun mendegar benda yang sama ..
Benda nie terjadi pada Teman Wanita saya yang ingin Memintak Kerja di F.O.S di I.O.I Mall di Puchong..
Teman Wanita Saya Memang Bertudung.. tapi Saya Terasa Amat Marah Apabila beliau Memberitahu Saya yang Beliau Kena Buka Tudung Kalau Ingin Berkerja Di situ..
Ape nie.. Ini Negara Yahudi Ker atau Negara Malaysia yang Bebas berkerja?
Kalau anda tidak percaya anda sendiri boleh minta pekerjaan anda di sana ..
Post a Comment