Monday, September 16, 2013

Chin Peng Meninggal Dunia Pagi Ini


 


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun, lapor The Malaysian Insider.

Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Setiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Memetik Wikipedia, Chin Peng yang dilahirkan pada 21 Oktober 1924 sebagai Ong Boon Hwa merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya.

Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930. (Hrkh)



And here is the Original Photo:

Now, go spread this all around, and make him Tun Chin Peng...

No comments:

Post a Comment