KEMASKINI
HALAMAN HIBURAN
Pelakon Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan
hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis
selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor
membuat aduan.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, pelakon KL Gangster itu
didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita
terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman
Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi
Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun membuat
laporan polis terhadap seorang aktor popular yang didakwa mempunyai
skandal dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu.Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.
Lelaki itu yang tinggal di sini juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti tersebut yang disifatkan telah mengganggu keharmonian keluarga dan rumah tangganya.
Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan. (KOSMO)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Belum jelas skandal apa? Buktinya kuatkah?
1 comment:
Ini mungkin skandal makan luar , dah jadi bini orang pun masih layan lelaki lain, yang lelaki ni pulak macam dah takde perempuan lain kat dunia ni, akhir zaman...akhir zaman...akhir zaman...
Post a Comment