SHAH ALAM - Aktivis politik, Hishamudin Rais dan aktivis mahasiswa,
Adam Adli telah dibebaskan jam 3.00 pagi tadi selepas ditahan semalam
untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada
malam ambang Merdeka.
Hishamudin melalui status laman mikro Twitternya menulis, "dibebas jam 3 pagi - rumah digeledah cari SANG SAKA - bebas di rumah - tak ada-apa ditemui - seorang penjamin - terima kaseh."
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan kedua-dua aktivis itu untuk membantu siasatan di Ibupejabat Polis Polis (IPD) Dang Wangi.
Sementara itu, Jumaat lalu, tersebar dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.
Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut. (SH)
KLIP daripada YouTube menunjukkan Hishamudin (tengah)
memegang bendera Sang Saka Malaya pada ambang sambutan Hari Kemerdekaan
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini. Hishamudin melalui status laman mikro Twitternya menulis, "dibebas jam 3 pagi - rumah digeledah cari SANG SAKA - bebas di rumah - tak ada-apa ditemui - seorang penjamin - terima kaseh."
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan kedua-dua aktivis itu untuk membantu siasatan di Ibupejabat Polis Polis (IPD) Dang Wangi.
Sementara itu, Jumaat lalu, tersebar dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.
Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut. (SH)
KUALA LUMPUR: Aktivis politik Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ditahan polis malam Isnin bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.
Kedua-dua aktivitis itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment