Baik Dan Buruk Husam Musa
Penilaian adil terhadap Husam.
Biarlah jika ramai yang tidak setuju. Tapi aku nak jawab
dalam kubur esok. Aku perlu bagitau rakyat. Ini melibatkan pemimpin yang memacu
jutaan rakyat ke arah mana. Nak marah, nak tolak, atau apa sahaja,
terpulanglah. Cuma, sila baca sampai habis.
Kebaikan Husam.
Idea banyak. Kerja rajin. Kedudukannya dalam PAS adalah
berasal dari bawah. Buat kerja2 potostat. Jadi runner dan sebagainya. Bukan
macam sesetengah pimpinan. Yang naik sebab laluan bapanya. Walau tidak
bermaksud bapanya mencaturkan kedudukan anaknya seperti Mahathir, tetapi,
dengan kedudukan ayahnya, maka masyarat mengenalinya dengan mudah.
Husam menjaga kawasannya (Salor) dengan baik. Bukan touch n
go. Majoriti 3000 dan ke atas setiap kali berlaku pilihanraya membuktikan ini.
Walau tak nafi ada segelintir yang mengundi bukan kerana Husam, tetapi kerana
PAS; tetapi tanyalah orang Salor siapakah Husam.
Keburukan Husam.
Idealis dan terlalu memandang rendah pada rakan pimpinan.
Husam bersifat baik kepada rakan media dan rakyat pengundinya. Tetapi agak
sinis dengan rakan pimpinan. Terutama dengan junior. Maybe Husam menyangka
pemikiran mereka tak setanding dengan dirinya.
Contoh 1.
Idea kambing. Ini adalah bidang exco pertanian. Tetapi Husam
melakukan projek ini tanpa saluran. Istilahnya projek lone ranger. Sepatutnya,
walau exco pertanian adalah manusia lembab yang tiada idea, tetapi jangan
sesekali melanggar prosedur.
Setiap idea harus mengikut saluran. Kerana saluran itu
dicipta untuk dipatuhi dan mengelakkan perkara buruk. Idea kambing tidak
dibahaskan dengan masak. Jumpa idea, lancar, buat dan gagal. Husam dapat nama
pada ketika pelancaran idea. Tetapi ketika gagal, tiada yang sanggup
mendedahkan.
Contoh 2.
Sebelum hadir idea lone ranger Husam, setiap kematian di
Kelantan diberikan saguhati sebanyak RM 500. Orang dah mati, nak buat apa bagi
duit banyak? Cukuplah sekadar meringankan pengurusan dari waris keluarga.
Datang idea Husam, nak bagi RM2500. Dinamakan dengan nama
yang mencairkan penyokong. Takaful Kifaalah. Oleh kerana Husam begitu
berpengaruh ketika zaman Tok Guru Nik Aziz, maka, tiada yang sanggup dan berani
membahaskan idea ini dengan masak. Lancar dan buat.
Nama gah.
Akhirnya, tiada kemampuan dan tidak praktikal. Dari RM2500
turun ke RM1500. Dan kini kerajaan negeri menanggung beban sebanyak 9 juta
dalam keadaan Kelantan yang miskin.
Contoh 3.
Lebuh Raya Rakyat dan Stadium Rebana. Ini adalah projek
gimik politik. Dengan perjudian kerajaan pusat tertekan untuk melaksanakannya,
atau Malaysia diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
Idea fantasi ini tidak dibahaskan dengan masak kerana di
Kelantan, pemimpin mereka takut kepada Husam kerana Tok Guru. Projek bernilai
lebih 1 billion. Kutipan duit wakaf hanya 2 juta setakat ini. Orang yang kenal
Husam melalui media akan anggap Husam hebat. Orang yang kenal Husam luar dan
dalam akan anggap Husam adalah orang yang berfantasi.
Hari ini, lebuh raya rakyat dan stadium adalah biawak yang
ditanggung setiap pimpinan Kelantan. Dari Tok Guru, Husam sendiri hingga ke
pimpinan bacul yang tidak berani membahaskan idea itu. Malah menjual gimik itu
ke pentas kawasan masing-masing. Pernah ditanya kepada Husam, bagaimana jika pusat
melaksanakan lebuh raya itu? Husam menjawab, biarkan dia buat. Bermakna kita
berjaya.
Tetapi bagaimana dengan wang wakaf? Hukum terhadap wang
wakaf sangat besar. Husam menjawab kita bagi ke kerajaan pusat.
Maka tunduk dan angguklah semua pimpinan di Kelantan.
Contoh 4.
Husam mengumumkan kewujudan telaga minyak darat di Kota
Bharu. Orang yang mengenali Husam melalui media akan menganggap hebat. Boleh
jadi PM dan Menteri Ekonomi. Tetapi sebenarnya itu hanyalah fantasi Husam.
Gimik politiknya.
Yang kelakarnya pula, NGO Husam, R boleh pula menyatakan
penemuan petrol di telaga orang kampung, adalah minyak mentah asli. Mana ada
minyak asli ditemui siap dalam keadaan di proses berbentuk petrol?
Kebarangkaliannya kecil.
(jarak telaga air tersebut dengan stesen minyak adalah 100
meter)
Contoh 5.
Penemuan kota lama di Palekbang. Penemuan ini turut menjadi
fantasi Husam. Berapa juta duit kerajaan negeri habis bagi menyiasat,
membersihkan dan mengorek tapak ini? Dan seperti biasa, projek lone ranger ini
gagal. Kini terbiar.
Penutup
Husam dikenali seorang hebat melalui media. Tetapi seorang
khayalan dalam dunia praktikal sebenar. Dan ini adalah tanggungjawab aku atas
nama Allah untuk memberitahu. Banyak lagi projek lone ranger yang takut
dibahaskan dengan masak oleh pimpinan Kelantan yang bacul. Depu, kereta api
laju KB – KL dan pelbagai lagi.
Husam adalah pemimpin terbaik seandainya prosedur dan sistem
mengikat segala idea-ideanya. Tetapi Husam adalah perosak kalau idea-ideanya
berleluasa tanpa perlu diikat prosedur dan sistem. Dalam muktamar PAS pula,
kita tak perlukan golongan kitab yang tiada idea dan mudah ditipu. Juga tak perlukan
idealis yang fantasi. Selamat memilih demi Allah. Amin
Nota
: Penulisan di atas tidak ditulis oleh aku. Aku tak semestinya
bersetuju dengan setiap pandangan yang diutarakan di atas. Penulisan di
atas diperolehi dari email dan terserah kepada pembaca untuk melakukan
penilaian dan kesimpulan sendiri. Inilah pendapat peribadi penulis.
Oke bai.
1 comment:
Kita hanya singgah di dunia mengutip bekalan ke Akhirat. Adakala diperlukan manusia, adakala tidak. Yg penting segala tugasan dan assignment yg diberi dlm melaksanaka ibadah dan ketaatan kpd Allah swt dan dlm perhubungan sesama manusia dan makhluk diselesaikan sementara menunggu hari dipanggil !
Post a Comment