Friday, September 27, 2013

Indonesia Tetap Degil Anjur Ratu Cantik Miss World


PARA peserta pertandingan ratu cantik Miss World beraksi dalam satu acara di Nusa Dua, Bali pada 24 September lalu. 

NUSA DUA, Bali - Peringkat akhir pertandingan ratu cantik Miss World akan diadakan di sini esok selepas acara berkenaan menerima kecaman hebat daripada kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.

Hampir 500 anggota polis dan 700 pengawal termasuk sejumlah anggota keselamatan tempatan yang lengkap berpakaian tradisional serta berkeris telah dikerah untuk berkawal semasa pertandingan itu berlangsung. Seramai 129 peserta akan bersaing dalam pertandingan kali ini dengan acara berkenaan akan disiarkan secara langsung di lebih 180 buah negara.

Namun, bantahan keras oleh kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia memaksa pihak berkuasa memindahkan acara berkenaan dari ibu kota Indonesia, Jakarta ke Bali. Majoriti penduduk pulau peranginan itu beragama Hindu.mBanyak pertubuhan Islam di Indonesia menyelar pertandingan tersebut kerana dianggap seperti memperdagangkan tubuh dan maruah wanita.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kumpulan mengancam untuk mengadakan protes di lokasi acara berkenaan berlangsung di sini esok.
"Kami akan mengadakan protes kerana pertandingan ini tidak boleh diterima," kata ketua cabang Barisan Pertahanan Islam (FPI) wilayah Jawa Timur, Haidar Al-Hamid.

Beratus-ratus anggota FPI telah mencuba untuk memasuki Bali dari Jawa Timur awal bulan ini tetapi usaha mereka dipatahkan oleh pihak berkuasa. Bali pernah digegarkan dengan insiden letupan yang mengorbankan lebih 200 orang yang kebanyakannya pelancong asing pada tahun 2002.

Pada tahun lalu, penyanyi terkenal, Lady Gaga dihalang mengadakan konsert di Indonesia selepas beberapa kumpulan Islam mengancam untuk membakar lokasi persembahannya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas pejuang-pejuang kebenaran. Kerana 'kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang ragu'. Jelas kamu bukan teroris, kamu patuh pada peraturan negara, walaupun peraturan itu mengongkong kamu. Al-hamdulillah, teruskan! Kami di sini pun begitu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails