Tuesday, September 24, 2013

Ini Bukti, Islam Juga Milik Bangsa Cina.


Masjid Houhuangcun, Shandong
2013-09-05 - CRI

Masjid Houhuangcun terletak di kampung Houhuang, pekan Bianyuan, bandar Feicheng, Taian, provinsi Shandong, China. Masjid yang dibina pada zaman Dinasti Ming itu merupakan salah sebuah masjid yang tertua di bandar Feicheng.

Persatuan Islam Bandar Feicheng berpejabat di masjid itu. 

Ruang sembahyang yang sedang dibaik pulih.


Masjid Utara Linqing, Shandong
2013-08-20 - CRI
Bandar Linqing ditubuhkan pada tahun 330 Masihi dan pernah menjadi pusat industri, perdagangan dan kebudayaan. Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, bandar Linqing menjadi pusat perdagangan kebangsaan seiring dengan perkembangan pengangkutan di Terusan Besar yang melalui bandar tersebut.

Pada zaman Dinasti Yuan, sejumlah besar saudagar Islam dari negara Arab dan Parsi mula berhijrah ke Linqing dan turut membina masjid di bandar tersebut. Terdapat tiga buah masjid termasuk Masjid Kuno, Masjid Utara dan Masjid Timur di bandar Linqing pada masa sekarang. Ketiga-tiga buah masjid tersebut disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat provinsi atau kebangsaan.

Masjid Utara yang terletak di bahagian barat laut bandar Linqing juga dikenali sebagai Masjid Hongjia. Masjid itu dibina pada tahun 1488 hingga 1506 dan telah berusia kira-kira 500 tahun.

Kawasan masjid luasnya 10 ribu meter persegi, manakala bangunan masjid luasnya dua ribu meter persegi. Ruang sembahyang panjangnya 44 meter, lebarnya 31 meter, tingginya 21 meter, luasnya 1,400 meter persegi dan dapat menampung dua ribu orang solat berjemaah. Bangunan masjid itu menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan negara-negara Arab.


Masjid Xijie, Shandong
2013-08-15 - CRI

Masjid Xijie terletak di Jalan Barat Pekan Guancheng, kaunti Guanxian, bandar Liaocheng, provinsi Shandong, China.

Masjid itu dibina pada tahun 1405 dan merupakan salah sebuah masjid yang paling tua dan besar di bandar Liaocheng. Pada masa ini, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting di bandar tersebut.
Kawasan masjid luasnya lebih sembilan ribu meter persegi. Ruang sembahyang luasnya 449 meter persegi.





Persatuan Islam kaunti Guanxian berpejabat di masjid tersebut.

 Inilah sebahagian dari bukti sejarah bahawa Islam juga milik bangsa Cina, bukan untuk bangsa Melayu dan Arab sahaja.

Begitu juga ini..
E-Buku IH-52: Kaligrafi Cina & Islam
E-Buku IH-52: Kaligrafi Cina & Islam (IH/CRI)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails