Menurut AFP pula, beribu-ribu penduduk melarikan diri semalam selepas sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera itu, menghamburkan batu dan abu panas ke beberapa buah kampung di sekitarnya, kata pihak berkuasa. Gunung Sinabung di daerah Karo dalam wilayah Sumatera Utara meletus menjelang subuh.
"Lebih 3,000 orang dipindahkan dari kawasan sekitar tiga kilometer dari gunung berapi ini," kata ketua agensi pengurusan bencana Sumatera Utara, Asren Nasution.
"Semua mangsa selamat," tambahnya.
Menurut Asren, mereka kini ditempatkan di lima buah dewan orang ramai yang sebelum ini digunakan untuk upacara kebudayaan. Gunung berapi tersebut tidur selama hampir 100 tahun sebelum meletus pada Ogos dan September 2010 yang menyebabkan lebih 210,000 orang berpindah.(IH)
Gambar di atas, Ibnu Hasyim dan kawan-kawan melawat kawasan gunung berapi Kelud.. di Pulau Jawa.. (2011)
No comments:
Post a Comment