Monday, September 23, 2013

Ini Premis Urut Tanpa Lesen Juga Kebal...

Antara lapan warga Vietnam yang ditahan dalam operasi tersebut. 

Kettie Inspektor Penguatkuasa MBPJ, Mohd Hairy Ahmad menunjukkan plastik produk khas yang digunakan tukang urut untuk merangsang nafsu pelanggan.

PETALING JAYA - Sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sekitar Dataran Mentari diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu. Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sebelum ini pihaknya mendapati premis berkenaan turut menyediakan pakej seks kepada pelanggan.

Menurut Fauzi, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.
"Operasi kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.


"Kesemua wanita berkenaan didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut,” katanya.


Menjelaskan lebih lanjut mengenai premis berkenaan, Fauzi berkata, tukang urut di situ juga didapati menggunakan produk khas untuk merangsang nafsu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat seks.
 
Dalam pada itu, pihaknya juga mendapati premis berkenaan aktif  menjalankan operasi perjudian siber. Menurut Fauzi, penguatkuasa MBPJ juga turut menyita dua set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber di dalam premis berkenaan. Tambahnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta Undang-undang Pusat Kecantikan dan Kesihatan 2007 atas kesalahan yang dilakukan. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Operasi tanpa lesen. Premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.Perlu disiasat, mengapa premis ini juga kebal..

Dicekup Ketika Sedang Beraksi. (Cananglahnie)
SUBANG JAYA – Seramai tujuh individu ditahan dan diserahkan kepada pihak polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan  pusat urut di kawasan SS15.

“Ketika serbuan dijalankan, terdapat pelanggan sedang diberi urutan badan dan batin.

"Hasil pemeriksan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan reflekseologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan,” katanya.

Tambahnya, dalam sebuan tersebut, pihaknya turut menahan seorang pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita sedang asyik beraksi di atas katil.

Ketika dicekup pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.

Operasi tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails