HALAMAN HIBURAN
IKUTI sejenak isu baju dalam merah dalam Kosmo! hari ini, Apa faedahnya?
Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?
CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.
(Seterusnya:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm)
Agak-agak ada faedah tak isu ini dilontarkan ke tengah masyarakat? Faedah untuk pembangunan negara fizikzl dan spritual? Apa lagi untuk pembangunan dunia dan akhirat bagi seorang Muslim?
No comments:
Post a Comment