MESIN judi dirampas dalam serbuan di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh.
Judi wang Baitulmal
Kuala Lumpur: Dia sepatutnya menggunakan wang
bantuan Baitulmal yang diterima untuk meringankan beban keluarga, namun
sebaliknya berlaku apabila seorang pemandu teksi sanggup menggunakan
wang bantuan itu untuk berjudi kononnya dapat melipatkan gandakan wang
diterima itu.
Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, tiga premis judi lain di sekitar ibu kota turut diserbu serentak selepas menerima maklumat orang awam. Pemandu teksi terbabit yang sempat ditemu bual berkata, pada mulanya dia bermain judi hanya sekadar suka-suka dengan modal RM30 namun lama kelamaan mula ketagih.
Menurutnya, kehidupan keluarganya yang susah dan terpaksa membawa teksi untuk menampung keperluan hidup menyebabkan dia layak menerima bantuan Baitulmal sejak beberapa tahun lalu.(myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia ikut kerajaannya yang suka berjudi atau kaki judi. 4 nombor ekor, judi bola, judi di Genting Highland dan bermacam lagi. Itulah bentuk tarbiah UMNO/BN. Guru kencing berdiri, murid, apa lagi...
No comments:
Post a Comment