Sunday, September 22, 2013

Konsert S/Nurhaliza: Pertahan Budaya, Tak Pertahan Agama?




HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, berjaya memukau penonton dengan persembahan bertenaga dalam Konsert Lentera Timur yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Jumaat. Lapor mStar hari ini.

"Konsert yang mengangkat lagu-lagu tradisional ini mengabungkan pelbagai budaya masyarakat Melayu Timur yang bukan sahaja dipesembahkan melalui lagu malah turut diselitkan dengan sketsa yang bersesuaian.
Siti membuka tirai dengan persembahan tarian terkenal negeri Kelantan iaitu Mak Yong bersama seorang penari diikuti nyanyian lagu Nirmala dan Kurik Kundi.

"Kemudian diikuti dengan segmen Dikir Timur yang menampilkan kumpulan Arjuna Sukma turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton apabila Siti tampil menjadi tukang karut bergandingan dengan tukang karut kumpulan tersebut.

"Seterusnya konsert turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi jemputan Datuk M Daud Kilau dengan dua buah lagu iaitu Cik Mek Molek dan Laksamana Raja di Laut.
Konsert diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) itu mempersembahkan 35 buah lagu tradisional yang digubah dan disusun semula oleh dua pengarah muzik ternama iaitu Mohd. Yazid Zakaria dan Aubrey Suwito." " kata mStar lagi.
Datuk Siti Nurhaliza memukau penonton dengan persembahan bertenaga. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR 

Menurut Weblog Ibnu Hasyim, "Melihat suasana konsert, gaya persembahan, pakaian dan dilihat dari pelbagai sudut, terutama dari sudut Islam, maka jelas konsert tersebut berjaya pertahankan budaya Melayu dan peribumi, tetapi tidak mempertahan budaya Islam yang bersih kejahiliahan."  
"Oleh itu, persembahan tersebut perlu ditingkatkan mutu dan kualitinya, sesuai dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan ini, walaupun terpaksa membina identiti persembahan tersendiri!" jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)

2 comments:

Nazir said...

"Dan penyair penyair (penyanyi penyanyi) itu diikuti oleh org org yg sesat." 26:224.
"Tidakkah engkau lihat mrk pd tiap tiap lembah, tidak berketentuan."26:225.
"Dan mrk mengatakan apa yg tidak mrk kerjakan."26:226.
"Kecuali org org (penyair penyair / penyanyi penyanyi) yg beriman dan beramal soleh dan mengingati / menyebut nyebut Allah (swt) sebanyak banyaknya dan mendpt pertolongan sesudah mrk dizalimi. Dan org org yg zalim itu akan mengetahui ke tmpt mana mrk akan kembali."26:227.

Anonymous said...

Fuh! Akhirnya ada juga orang yg berani utarakan isu ni..sy heran la kenapa ramai orang selalu fanatik dgn siti nurhaliza ni..jangan lupa dgn hukum terlalu agungkan artis terutama yg macam ini..hmm betul tu pertahankan budaya la sangat..apa la guna kalau dapat istiraj..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails