Monday, September 09, 2013

Kuza: 40 Tahun Baru Dekatkan Diri Kepada Allah? Pun Alhamdulillah!

 
Kuza

HALAMAN HIBURAN

"SEBENARNYA sudah lama saya memasang niat untuk berhijab. Alhamdulillah, saya mula berhijab pada bulan Ramadan lalu. Lagipun, umur saya sudah memasuki 40 tahun. Lebih elok saya mendekatkan diri kepada Allah." 

Kata pelakon drama, Kuza atau Tengku Sariza Tengku Muzani, kakak kepada pelakon Kuna, yang tampil manis dengan hijab atau bertudung ketika ditemui pada majlis Mesra Raya Aidilfitri Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya tidak mahu ada yang beranggapan saya berhijab kerana fesyen dan trend. Niat saya adalah untuk melaksanakan tuntutan Allah. Pada mulanya, saya menyampaikan niat untuk berhijab kepada keluarga. Alhamdulillah, keluarga menyokong niat saya."

Bila ditanya apakah perasaan Kuza selepas mengenakan hijab, katanya,  "Alhamdulillah, sampai saat ini Allah mempermudahkan urusan dan saya tenang menjalani kehidupan dalam imej baharu ini. Saya sangat selesa selepas memakai tudung" 

Al-hamdulillah, moga-moga bertambah seorang lagi wanita solihah di bumi Malaysia ini. (IH/Sumber Kosmo).

1 comment:

Nazir said...

Muslim bermakna org yg tunduk dan patuh kpd Allah swt dan RasulNya saw, serta berserah diri sepenuhnya kpd Allah swt, merasa tenang dan sejahtera dlm mentaati dan melaksana perintah Allah swt.
Tidaklah sempurna keIslamannya bila tidak mematuhi perintah Allah swt walau pun tidak terbatal keIslamannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails