Wednesday, September 11, 2013
Lagi Rogol Beramai-ramai Di India, 4 Bersalah.
NEW DELHI - Empat lelaki yang dituduh merogol seorang pelajar perubatan di dalam sebuah bas sehingga menyebabkan kematiannya didapati bersalah oleh sebuah mahkamah India semalam. Hakim Yogesh Khanna berkata, tertuduh yang kini boleh berhadapan hukuman mati didapati bersalah merogol, membunuh dan mencuri. Hukuman terhadap mereka dijangka dijatuhkan hari ini.
"Mereka didapati bersalah merogol secara berkumpulan, memusnahkan bukti dan membunuh mangsa tidak berdaya," ujar Khanna.
Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh itu, Mukesh Singh, Akshay Thakur, Pawan Gupta dan Vinay Sharma mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan- dakwaan tersebut. Wajah kesemua tertuduh didedahkan kepada umum buat pertama kali semalam sejak perbicaraan bermula tujuh bulan lalu.
Mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia pada 29 Disember 2012 setelah menjalani rawa- tan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember 2012. Seorang suspek utama kes terbabit, Ram Singh membunuh diri dengan menggantung diri di penjara Tihar pada Mac lalu manakala suspek keenam, remaja berusia 17 tahun dihukum penjara selama tiga tahun. - AFP
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment