SEBAHAGIAN wang tunai yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang Rabu lalu.
PENGGUNA
GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang
menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian
RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri di Kampung
Gajah, Butterworth dekat sini pada Rabu lepas.
Sindiket yang beroperasi sejak 2008 itu dikatakan mengumpan mangsa
dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor dan
menyamar sebagai Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh dari negeri
itu.
"Ahli sindiket juga menyamar sebagai pegawai bank, peguam dan mengaku
memiliki pelbagai projek perumahan termasuk dana luar negara bernilai
RM6.9 bilion dari Australia," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul
Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)
No comments:
Post a Comment