Tuesday, September 24, 2013

Mesir, Ikhwanul Muslimin Diharamkan, Aset Dirampas.






KAHERAH: Mahkamah Mesir semalam seperti dijangka telah mengharamkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada bergerak di negara itu.

Mahkamah juga mengharamkan semua institusi cawangan atau cabang pertubuhan milik Ikhwan, dan mengarahkan aset gerakan Islam itu dirampas.

Keputusan yang dilihat sebagai komplot dengan pemerintah kudeta itu adalah mengulangi apa yang dibuat bekas presiden Hosni Mubarak yang digulingkan pada revolusi 2011.

Dengan keputusan isu, sayap politik Ikhwan, Parti Kebebasan dan Keadilan juga turut diharamkan. Episod pengharaman ini sememangnya sudah dijangka banyak pihak, sejak sebelum rampasan kuasa ke atas Presiden Dr Mohammad Morsi 3Julai lalu  lagi.

Sejak Morsi mengambil alih tampuk presiden selepas memenangi pilihan raya, beliau yang membawa status ahli Ikhwan terus ditekan oleh golongan saki-baki Mubarak. Malah pimpinan dan ahli Ikhwan sentiasa dalam perhatian pihak berkuasa dan pelbagai cubaan dibuat untuk mengaitkan Ikhwan dengan keganasan bagi mencari sebab untuk mengharamkannya.

Sejak rampasan kuasa Mac lalu, ribuan ahli ikhwan ditangkap dan tidak kurang ramai juga yang telah terkorban ekoran berdepan tindakan ganas tentera rejim kudeta. Dalam pada itu, sumbber kehakiman berkata, mahkamah memutuskan satu jawatankuasa kerajaan patut dibentuk bagi menguruskan aset Ikhwan yang dirampas.(Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

2 comments:

Unknown said...

Dgr kabar anggota ikhwanun muslimin yg dipenjara berjaya mentarbiyah banduan2 hingga ramai yg mula membaca al quran & solat tahajjud....kuat nya semangat mereka menyampaikan dakwah....terharu sy bile baca berita tu....sy yakin walaupon gerakan ni diharamkan mereka tidak gentar & tidak berputus asa dlm menyampaikan dakwah krn apa yg mereka lakukan adalah lillahhitaala

Hakimi Abdul Jabar said...

Assalamualaikum wbt Tuan Haji Ibnu Hasyim,

Alhamdulillah, saya telahpun menulis sebuah buku cetak yang sudahpun diterbitkan berkenaan sejarah dan fitnah, cubaan dan dugaan Ikhwanul Muslimin dan pelbagai kezaliman yang bersifat kejam dan kebinatangan ke atas tokoh-tokoh, ahli-ahli dan para penyokongnya :

The History and Legacy of Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) : Trials, Tribulations and Persecutions by Hakimi bin Abdul Jabar

https://www.createspace.com/5964808


Penulisan saya itu juga turut sebagai seorang ahli gerakan Islam sejak usia saya belasan tahun, iaitu Malaysian Islamic Study Group (MISG) yang sememangnya memahami dan tahu akan Ikhwanul Muslimin dan para pelopornya.

Jazakallah khair.

Daripada,
Hakimi bin Abdul Jabar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails