Tuesday, September 03, 2013

M'sia Berkecuali. Ertinya Benarkan Israel-AS Lanyak Mesir.

 KOTA BHARU: Ketika rakyat dan pelbagai NGO mengutuk keras rampasan kuasa tentera di Mesir, sebaliknya Malaysia diberitahu Datuk Shahlan Ismail mengambil sikap berkecuali. Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri malam tadi memberitahu kerajaan Malaysia mengambil sikap berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak yang sedang bertelagah di Mesir.

“Berbeza dengan pendekatan yang diambil perdana menteri dalam isu di selatan Thailand, Filipina dan bantuan kemanusiaan ke Acheh kerana telah mendapat keizinan kerajaan negara terbabit.
“Namun berlainan situasi di Mesir. Penyokong Ikhwan Muslimin gopoh mahu perubahan dilakukan lebih cepat sehingga akhirnya Dr Morsi jatuh,” katanya pada program bual bicara kendalian TV al-Hijrah.

Seorang lagi panelis pada program itu, ulama muda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator. Sedangkan sebelum ini pelbagai pihak mendesak kerajaan Malaysia mengambil sikap lebih jelas terhadap kudeta tentera di Mesir.

Shahlan biar pun nampak kepayahan menjawab soalan moderator tiba-tiba membongkar punca sebenar sikap membisu Datuk Seri Najib Razak terhadap krisis di Mesir. Beliau yang memberitahu baru pulang dari Mesir bersama rombongan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mahu “melukakan hati” kerajaan sementara Mesir.

Sebaliknya hujahnya seakan-akan menyalahkan Ikhwanul Muslimin kerana disifatnya gagal bertindak seperti Erdogan di Turki, lebih bersikap sederhana selepas Justice and Development Party menang. Bagaimanapun pandangan bekas calon BN di parlimen Pokok Sena itu jauh berbeza dengan seorang sarjana warga Mesir, Dr Alaa’ Hasni apabila menjelaskan pasukan polis dan tentera di Mesir paling brutal di dunia.

Beliau mendakwa tentera Mesir mendapat bantuan sebanyak RM1.3 bilion setahun daripada Amerika Syarikat. Memberitahu forum anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia Cawangan Kelantan di Balai Islam malam kelmarin katanya, kira-kira 85 peratus keluasan bumi Mesir dikuasai pasukan tentera.

Dr Alaa yang juga pensyarah di UIAM berkata, kebangkitan Arab bermula di Mesir kerana rakyat tidak tahan dengan korupsi, penyelewengan dan kezaliman dilakukan Hosni Mubarak.

“Maka bermula Januari 2011 rakyat Mesir bangkit sehingga akhirnya Mubarak dijatuhkan dan rakyat selepas itu memilih pemimpin melalui demokrasi,” katanya.

Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus berkata, pendirian sebenar Malaysia terhadap konflik di Mesir terjawab sekarang. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam krisis Mesir, nampaknya Malaysia mengambil pendirian berkecuali. Kalau kita kena serang, kena pukul, atau kena rompak contohnya, tiba-tiba kawan atau jiran kita ambil sikap berkecuali, tidak mahu bantu tangkap perompak atau sebagainya, wajarkah?

Sikab berkecuali negara kita sama dengan mengizinkan Israel-AS melanyak Mesir, negara bebas demokrasi dan negara umat Islam yang berdaulat itu. Dalam menegakkan hak dan menolak batil,sepatutnya tidak ada kecuali atau atas pagar. Seperti tidak ada selain duanya di akhirat,aitu Syurga atau Neraka. Seperti juga terang dengan gelap. Kalau terang dengan gelap bercampur, jadi samar-samar.  Samar-samar, itu juga termasuk gelap! Wallahu 'aklam.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

No comments:

Post a Comment