KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untuk
terus relevan di pentas politik negara dengan memahami suasana politik
dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat
Malaysia,” kata Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PAS supaya jangan
mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang dicipta sendiri dan
bersedia menjalinkan kerjasama politik selagi ia tidak bertentangan
dengan prinsip asas syariat.
Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulas resolusi yang
diputuskan Multaqa Ulamak PAS di Alor Setar semalam, beliau menegaskan
kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh
beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan
diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas
pilihan raya umum (PRU) 2008.
“Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan
ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih
bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada
non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.
“Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan
menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka,” tegas
beliau.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS?
dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib
yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi
(Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.
Saya tidak
menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam
sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi
kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan
sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua
Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar.
Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau
ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.
Walau
bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang
digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu
dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam
Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia
diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui
Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.
Saya
melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa
PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu,
PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang
tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan
Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami
agama mereka.
Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah
keris tidak bersarung, politik Umno ialah politik samseng jalanan,
sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui
cermin mata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di
dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah
ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat
saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang
mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang
pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah
sebegini.
PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai
gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS
bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami
suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat,
jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta.
PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas
PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat
Malaysia.
Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan
Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di
Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh
orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf,
hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan
muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya
untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar
memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.
Ini
sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di
Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang
perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam
difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang
berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak
wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.
Di sinilah
letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin
memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS
sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di
pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat
sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan
langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.
Tahniah
kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat
menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti
politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan
Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk
penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk
berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang
sedang kelemasan.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS
9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M
ahh. menate ni bertuhankan undi..bertuhankan sistem demokrasi ada ati nak dirikan daulah islam.
ReplyDeletesampai kiamat la menate ni nikajih ni bertopengkan jubah demi wang dan kuasa.
lawak.nak dirikan daulah islam dgn sistem demokrasi.
tu pasal Allah tidak pernah makbulkan doa menate ni dan pemimpin lain utk memerintah malaysia. kalau betul jalannya...dah tentu Allah akan beri kemenangan.hahah
Menate mu!
ReplyDelete