Saturday, September 21, 2013

Nikah Di Selatan Thai, Tak Mudah Sangat. Siapa Yang Susahkan?


ALOR SETAR - Seorang wanita yang bernikah di selatan Thailand pada hujung tahun lalu mengakui pernikahan yang diuruskan sendiri di negara jiran itu tidak semudah yang digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 44, memberitahu, terdapat pelbagai dokumentasi rumit yang perlu disediakan pasangan terutamanya mereka yang pernah bercerai. Katanya, disebabkan itulah kebanyakan pasangan di negara ini lebih senang memilih sindiket mengendalikan pernikahan mereka, sekali gus antara faktor utama berlakunya lambakan ejen yang menguruskan perkhidmatan pernikahan di selatan Thailand.

Anita yang bernikah dengan pasangannya, Zamri, 59, berkata, dia dan suami terpaksa berulang-alik sebanyak tiga kali dari Alor Setar ke pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan cop dan tandatangan pengesahan surat nikah mereka.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi Muhammad SAW kata, permudahkan jangan persusahkan dan gembirakan, jangan takut-takutkan! Ada beberapa perkara yang perlu dipercepatkan, antaranya....berkahwin..

Lihat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails