Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun
sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah
rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk
menidurinya.
Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah
sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba
menyembunyikan daripada keluarga.
Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di
kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.
Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di
perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan
keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan
terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian
keluarganya.
Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke
Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu,
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli
Bedin berkata, siasatan awal
mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu
di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.
“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak
pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di
bandar itu.
“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah
menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya
ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.
"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.
“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk
pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di
bawah umur," katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau berlaku kahwin bawah umur, riuh rendah dunia Malaysia, kutuk berasap. Kini pelajar seks bawah umur apa Kementerian Wanita tangani?
2 comments:
yg merogol pun bawah umur.. nak kira camna tu? ini dah macam kes main kawin2 aja...
umat islam tgh tenat
Post a Comment