Che Suza
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun ketika itu sedang bekerja di kedai terbabit sebelum didatangi suspek yang kononnya ingin meminta sedekah sambil menunjukkan tangannya yang luka.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan permintaan itu sebelum suspek secara tiba-tiba cuba memeluk mangsa dari arah belakang tetapi berjaya ditepis mangsa.
“Walaupun berjaya ditepis, namun suspek masih tidak mengalah dengan secara tiba-tiba memegang bahu kiri mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri,” katanya, semalam.
Jelasnya, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa segera memaklumkan kepada majikan mengenai kejadian itu sebelum bapa kepada majikannya mengejar dan menangkap suspek, kira-kira jam 5.30 petang.
“Suspek berusia 38 tahun itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. (SH)
No comments:
Post a Comment