Markas Syiah di Sri Gombak.
GOMBAK - Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas Syiah di Sri Gombak malam tadi menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.
Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat. Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.
Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan. Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah. Semua kitab tersebut disita oleh Jais namun premis berkenaan hanya akan disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Serbuan diketuai oleh Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Jais, Mohd Shahrom Maarof serta dianggotai oleh 25 anggota penguatkuasa.
Sementara itu di Muadzam Shah, Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang ustaz berusia 64 tahun di Pekoti Timur, Ulu Keratong, kerana disyaki mengamal ajaran Syiah petang semalam. Serbuan yang dilakukan JAIP dengan kerjasama polis turut merampas beberapa buku berkaitan Syiah termasuk tasbih serta tiga batu herba.
Kuliah Agama Sesat Di Gombak, PAS Punya Pasal? Mana JAIS?
Sebuah blog melaporkan: Penganut agama sesat Syiah sulah belani mengiklankan
kuliah meleka secala telang-telangan. JAIS sila ambil tindakan. Ini
semua PAS punya pasat!
No comments:
Post a Comment