Sunday, September 29, 2013

Rela Mati Demi Maruah, Keadaan Begini Juga Hukum Karma!

Foto  

  MANGSA ditemui terbaring oleh orang ramai berhampiran kedai mencuci kereta. 

Rela mati demi maruah 

Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol. 

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah. Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini juga bala dari Allah, atau disebut juga 'hukum karma'. Sunnah Allah berlaku pada makhluk-Nya, di mana jika maksiat termasuk perzinaan terlalu merajalela di dalam negaranya, dakwah dan islah tidak dilaksanakan, maka Allah murka kepada mereka. Jika kemurkaan Allah terus berlangsung, maka Ia akan menurunkan hukuman-Nya ke bumi. Keadaan begini antara hukumannya.

Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya".

Demikian, sedikit imbasan penjelasan, termasuk kepada ibubapa remaja, wanita-wanita, pemimpin-pemimpin negara dan ulama..Bala dari Allah SWT, kini turun lagi..Kembalilah kepada perlaksanaan hukum Allah di bumi Malaysia.

Jom dakwah terus!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails