Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?
Rumah Banglo Mewah Nedim : Senang atau
tidak bergelar pemimpin? Susah, kena “melabur”, kena yakinkan rakyat
Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat
Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan
yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain. Nah…inilah
antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.
Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz “bergema” apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya (KLIK SINI) mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan kakitangan awam.
Terbaru,
Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai
RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama
bumiputera bumiputera.
Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang
anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada
usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya
hidup beliau? Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang
beliau usahakan? Hanya berbekalkan jawatan pegawai khas Kementerian
Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?
Jadi, adalah lebih baik bola persoalan
isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa
dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah
ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat
awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman
mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.
Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI),
Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan
lembu peringkat kebangsaan. Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B.
Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?
Jawapan Nazri Aziz Vs Isu Rumah Banglo mewah Mohamed Nedim Bin Mohamed Nazri
“Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,” kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: “Rumah apa?”
Sumber : Malaysiakini
Gambar Dokumen Rumah Bunglo Nedim Nazri Aziz
Apa pandangan anda pula?
(Diangkat dari http://www.beritaterkini.my/)
1 comment:
wallahualam....hanya allah yg tahu....tp kan bagus kalau org yg kaya berjuta macam ni membantu org2 miskin...bkn sebhagian dr harta kita ada bhg untuk org fakir ke????
Post a Comment