BEKAS ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis. Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman
Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga
merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.
Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan
bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster. Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan
kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki
dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang
dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.
Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini. Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada
2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas
Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.
Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap. Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa
lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.
"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana
kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap
menggunakan dialek Hokkien. Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes
pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan
enam maut ditembak.
Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang. Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang
diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia
kini di negara jiran.
Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan. Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak
mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau
kumpulan gangster. Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini
pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan
bekas kumpulan gangster. Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan
berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah
menjadi baik. Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi
kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.
Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.
Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.
Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di
Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum
ditahan.
Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor
pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram. Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi
dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor. - 5
September, 2013. (MI)
Lihat sebelum ini..
1 comment:
Dulu kini & selamanya
Post a Comment