Tuesday, September 03, 2013

Sambut Merdeka Dengan Maksiat..

Tukang urut dan pelanggan terkejut apabila premis diserbu pihak berkuasa.

Satu: 

SUBANG JAYA – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini. Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.

Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju. Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.

Dua
Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.

KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan. Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.
 
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Tiga

Haslinda bersama pasangan bukan Islam diperiksa oleh penguatkuasa agama.

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin. 

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.  Setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun. 

Juga, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.

Empat
 Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan

BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Lima:

Di Padang Serai, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak. Pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan.

Di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
Dalam serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam. Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang. Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Enam: 
Serbuan di rumah pangsa di Bachang menahan ramai Pati.

TAMAN MELAKA RAYA – Cubaan GRO melarikan diri dari ditangkap dengan menggunakan laluan tikus tidak berhasil apabila mereka ditahan dalam Ops Bersepadu 6P semalam. Serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya itu berjaya menahan 11 GRO dan 415 pendatang tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam operasi berkenaan. Operasi dijalankan selama lebih enam jam bermula jam 12 malam.


Dan segala macam maksiat lagi, ini baru secebis darinya. 

Kesimpulan: Hukum Amar Ma’ruf Nahi Munkar


Firman Allah ,

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

  • Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan Ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104).
Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat ini,”Maksud dari ayat ini, hendaklah ada sebagian Ummat ini yang menegakkan perkara ini“. (Lihat tafsir Al Quran Al Karim karya Ibnu Katsir 1/339-405).


Dan firman-Nya,

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ

  • Kamu adalah Ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Al-Imran :110).



Umar bin Khathab berkata ketika memahami ayat ini,”Wahai sekalian manusia, barang siapa yang ingin termasuk Ummat tersebut, hendaklah menunaikan syarat Allah darinya“. (Lihat Asy-Syaukaniy, Fathul Qadir, 1/453).



Sabda Rasulullah ,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ

  • Barang siapa yang melihat satu kemunkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemahnya iman (Riwayat Muslim).

Sedangkan Ijma’ kaum muslimin, telah dijelaskan oleh para ulama, diantaranya:
  1. Ibnu Hazm Adz Dzahiriy, beliau berkata, “Seluruh Ummat telah bersepakat mengenai kewajiban amar ma’ruf nahi munkar, tidak ada perselisihan diantara mereka sedikitpun”. (Ibnu Hazm, Al-Fashl Fil Milal Wan Nihal, 5/19).
  2. Abu Bakr al- Jashshash, beliau berkata,”Allah telah menegaskan kewajiban amar ma’ruf nahi munkar melalui beberapa ayat dalam Al Qur’an, lalu dijelaskan Rasulullah dalam hadits yang mutawatir. Dan para salaf serta ahli fiqih Islam telah berkonsensus atas kewajibannya“. (Al-Jashash, Ahkamul Qur’an , 2/486)
  3. An-Nawawi berkata,”telah banyak dalil-dalil Al Qur’an dan Sunnah serta Ijma’ yang menunjukkan kewajiban amar ma’ruf nahi munkar“. (An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/22).
  4. 4. Asy-Syaukaniy berkata,”Amar ma’ruf nahi munkar termasuk kewajiban, pokok serta rukun syari’at terbesar dalam syari’at. Dengannya sempurna aturan Islam dan tegak kejayaannya“. (Asy-Syaukaniy, Fathul Qadir, 1/450).


Jelaslah kewajiban mmmat ini untuk beramar ma’ruf nahi munkar. Cuma kerajaan Malaysia sahaja yang tidak bersungguh-sungguh. Antaranyanya kerana pemimpin atau kutu kerabat adalah termasuk pemaksiat-pemaksiat..

(IH/SH/Dll)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails