Kereta besi dengan kubah kereta kebal.
JOM KREATIF
AWAL konflik Syria bermula ketika dulu, kita dapat melihat bagaimana Mujahidin Syria dengan sumber senjata yang terbatas mampu mencipta plat-plat logam buangan menjadi perisai tempur yang hebat, dikendalikan dengan stick PS.
AWAL konflik Syria bermula ketika dulu, kita dapat melihat bagaimana Mujahidin Syria dengan sumber senjata yang terbatas mampu mencipta plat-plat logam buangan menjadi perisai tempur yang hebat, dikendalikan dengan stick PS.
Nama
perisai itu adalah Ash Sham 1 dan kemudiannya mengeluarkan versi kedua
yang lebih baik, Ash Sham 2.
Mujahidin juga berjaya
menghasilkan meriam artilleri " Jahannam " dengan peluru berpandu yang
mampu menjangkau jarak lebih dari 1 batu. Uniknya, projectiles roket
tersebut menggunakan tabung LPG.
1 . Kereta besi dengan kubah kereta kebal. (Gambar di atas)
Kubah atas yang
memuatkan meriam utama diambil dari kereta kebal tentera Rejim Syria
yang meletup akibat serbuan Mujahidin. Kubah itu diubah dan dikimpal
dengan sebuah wagon besi treler yang ditarik oleh sebuah kereta di
depannya. Kelihatan kurang berkesan tetapi setakat ini berjaya membuat
barisan musuh kucar-kacir.
2. Mortar Truck
Senjata yang membuatkan
tentera Rejim ketakutan. Sebanyak enam pelancar mortar dibina menjadi
satu barisan. Ia dapat melancarkan mortar satu per satu ketika serangan.
Menakutkan dan boleh mengakibatkan barisan musuh hancur dan tentera
Assad lari dari medan peperangan.
3. Robot Machine Gun
Sesuai dengan namanya.
Robot pengawal yang dilengkapi dengan machine gun. Teknologi robot
dikategorikan sebagai teknologi canggih. Tapi sumber Mujahidin Syria
yang terhad dengan sumber apa adanya mampu untuk membina robot dari
bekas runtuhan bangunan. Tanah yg berumput, kasar dan berbatu menghalang
prestasi robot ini. Tetapi setakat ini, sudah cukup berkesan menahan
gerakan pasukan Assad dan mengurangkan korban jiwa Mujahid.
4. Wireless Machine Gun
Senjata yang hebat. Berbeza dengan model Robot Machine Gun di
atas. Mesingan ini tidak perlu dikendalikan dengan kontroller berwayar.
Tapi dengan controller wifi jarak jauh. Sayangnya senjata ini belum
dipasang dengan kamera menyebabkan tembakan kurang tepat dan tentu tidak
boleh mereload peluru sendiri. Fungsi mesingan ini hanya mampu untuk
menakut-nakutkan dan menjatuhkan moral musuh. Minimum untuk memberikan
tembakan perlindungan.
No comments:
Post a Comment