Monday, September 16, 2013

Siasat, Mengapa Premis GRO Ini Kebal.

FotoANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan polis IPK Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Boleh dibawa keluar dan servis pula ikut rundingan. Itulah taktik digunakan pelayan pelanggan (GRO) dua pusat hiburan di sini untuk memperoleh pendapatan lumayan. Dua pusat hiburan itu yang beroperasi secara bersebelahan di Jalan Puchong Mesra, di sini, dikesan menyediakan GRO warga asing terbabit bagi menarik kunjungan pelanggan.


Namun, kegiatan tidak bermoral kedua-dua premis itu terbongkar hasil maklumat awam dan risikan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur Deputi Superintendan Bahrain Che Rose berkata, pihaknya menyerbu kedua-dua premis yang terletak di bahagian bawah premis perniagaan tiga tingkat itu, jam 11.30 malam kelmarin.

“Dua pusat hiburan itu menawarkan khidmat GRO warga asing dan kami menahan 22 wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun.
“Daripada jumlah itu, 18 wanita warga Vietnam dan empat warga China. Hasil semakan dokumentasi, mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya selepas serbuan.



Premis kebal
Menurutnya, serbuan disertai dua pegawai dan 10 anggota itu turut menahan dua lelaki warga Bangladesh yang mengaku bekerja di premis itu. Bahrain berkata, pemeriksaan mendapati sebuah daripada premis berkenaan menjalankan operasi tanpa lesen sejak dibuka hampir setahun lalu.

Katanya, kedua-dua premis sudah tiga kali diserbu, namun pengusaha premis berkenaan disyaki tetap berdegil dengan menyediakan GRO warga asing.  Berikutan itu, dua penjaga premis, iaitu seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 24 dan 28 tahun, ditahan dan semua mereka dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Dicekup ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu di Seremban, tindakan lima pelacur warga China menunggu pelanggan di sebuah rumah kedai di Jalan MPK 4, Taman Bukit Kepayang, di sini, membawa padah apabila premis itu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), kelmarin menyebabkan mereka ditahan.

Operasi dipercayai dijalankan sindiket pelacuran sebelum ini pernah beberapa kali diserbu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun kedegilan untuk meneruskan aktiviti itu begitu mengecewakan. Ketika dicekup semua pelacur didapati sedang menunggu pelanggan dan beroperasi ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.
(Sumber myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  'Kedua-dua premis sudah tiga kali diserbu, namun pengusaha premis berkenaan disyaki tetap berdegil,' terus menyediakan GRO warga asing. Siasatlah, mengapa premis itu begitu kebal, tidak mampan dengan perundangan?

2 comments:

Anonymous said...

Buatla lapuran kat SPRM atau KPN....!

poyo said...

endless possiblities.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails