Wednesday, September 18, 2013

Tiada Sengketa Islam Kristian - Paderi Ayube Yusuf

Foto memperlihatkan lelaki Muslim berdiri di depan sebuah Gereja Katolik di Mesir melindungi umat gereja itu..

MESIR: Seorang paderi, Ayube Yusuf dari Gereja Mary Gerges ketika ditemubual stesyen On TV Ogos lalu menafikan bahawa berlaku persengketaan anatara orang Kristian dan Islam khususnya penyokong Morsi di kawasan itu. Malah katanya, penduduk Islam dan Kristian bersatu menentang rampasan kuasa yang dilakukan tentera. Sebaliknya menurut beliau, kekacauan dicetuskan kumpulan samseng yang didakwa dilindungi oleh pihak tentera.

"Sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu, samseng telah melancarkan beberapa serangan ke atas gereja dan merampas sebuah biara yang berusia lebih 1,500 tahun.
"Pemimpin (Islam) tempatan telah mengeluarkan beberapa seruan kepada umat Islam untuk melindungi gereja-gereja Kristian di wilayah itu," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa masyarakat di tempatnya telah membuat beberapa aduan kepada pihak polis dan tentera untuk melindungi gereja-gereja mereka dari samseng, namun tiada sebarang kejayaan. Dalam pada itu seorang penduduk yang juga saksi serangan mendakwa tentera dan polis telah melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan secara langsung. Mereka juga menyerang menyerang Masjid Ibad Al Rahman, dan menjadikannya sebagai 'penjara' untuk menahan lebih daripada 200 orang awam yang tidak bersalah.

Sementara itu, Ikhwan Muslimin mendakwa serangan terbaru tentera kudeta terhadap penduduk di perkampungan Delga, Al Minya pagi Isnin lalu adalah sebahagian daripada propaganda untuk cuba mencetuskan permusuhan antara agama Islam dengan Kristian.

Pejabat akhbar Ikhwan di London dalam satu kenyataan mengecam keras serangan itu dan menyifatkannya satu tindakan jahat dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat pro legitimasi menyatakan bantahan terhadap kudeta.

"Ini adalah sebahagian daripada propaganda junta tentera untuk mewujudkan persengketaan mazhab dan membenarkan kekejaman mereka terhadap orang-orang Delga yang tidak bersalah kerana bantahan tegas mereka terhadap kudeta.
"Pasukan keselamatan tidak pernah berminat untuk melindungi mana-mana warga Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan kudeta 3 Julai," kata Ikhwan dalam satu kenyataan.

Isnin lalu tentera telah melancarkan serangan terhadap perkampungan Delga selepas mengepung segenap penjuru perkampungan tersebut dan melepaskan tembakan peluru hidup termasuk tembakan dari atas helikopter. Serangan turut disasarkan ke atas tempat-tempat ibadat, termasuk serangan ke atas Koptik Mesir dan gereja serta terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Tentera kudeta didakwa menggunakan alasan bahawa terdapat persengkataan di antara puak Isam dan Kristian di dalam kampung tersebut, dan menuduh penduduk menyimpan senjata dan pelancar roket. Selain itu, tentera memberi alasan bahawa serangan itu sebagai usaha "melindungi" Kristian daripada 'militan' Islam.  (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama  

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

1 comment:

Anonymous said...

Islam seumpama As Sisi yg pendusta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails