CATATAN SANTAI
BEBERAPA hari lalu, kawanku bercerita mengenai kawannya.. Kawannya yang sama-sama satu jamaah. Dulu puluhan tahun lalu, zaman muda kawannya itu dihabiskan dalam perjuangan untuk Islam. Tapi kini perniagaannya sudah berjaya, maju, dia sudah jadi hartawan. Bila dia tanya balik tentang perjuangan, jawab kawannya itu..
"Yang penting sekarang, 'X Class' bukan 'ikhlas'!"
Mahunya, Mercedes X Class. Kereta mewah! Begitulah.
Termenung aku memikirkan..
Teringat aku kepada ucapan dan kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor Presiden PAS ke 6, pemimpin tertinggi PAS (Parti Islam Se Malaysia) yang pernah dipecat 24 jam dari jawatan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) masa itu. Isterinya terpaksa menjual kain batik untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Aku ingat betul antara kata-kata beliau menasihati ahli-ahli PAS..
- Ujian daripada Allah ada dua, ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan.
- Kalau di waktu susahsempit kamu tidak sanggup berusaha menderma walaupun sikit, jangan harap di waktu senang kamu akan berderma lebih banyak.
- Duit PAS ada dalam poket orang PAS, bila PAS mahu PAS minta.
Kawanku itu bertanya aku serius, "Apa pendapat kamu, cuba hurai sikit X Class itu?"
Ini Komenku..
Islam mengajar umatnya jadi kaya, sehingga dapat mengguna harta kayanya untuk kebaikan. Antara kebaikannya ialah 'memberi'. Iaitu, kita disuruh membayar zakat dan juga bersedekah, contohnya. Tetapi ada juga si kaya yang tidak 'memberi'
Ada hadis menyebutkan..
- Orang kaya yang menunda-nunda (mengulur-ulurkan waktu) pembayaran hutangnya adalah kezaliman. (HR. Bukhari)
- Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya: Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Sedekah orang yang takde harta, dan mulailah memberi sedekah atas orang yang ramai tanggungan." (Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim)
Pengalamanku,
semasa menjadi YDP PAS Balik Pulau mulai pertengahan 1980an hingga awal
1990an, kebanyakan yang membantu kewangan perjuangan PAS itu bukanlah
golongan hartawan. Bahkan orang biasa yang memberi sedekah, zakat,
fitrah dan lain-lain. Masing-masing ikhlas saling tolong menolong dengan
pelbagai cara, walaupun miskin wang.
Tanpa disedari kelopak mataku sudah basah digenangi airmata, mengingatkan kawan-kawan lamaku. Seorang darinya adalah Allahyarham Ustaz Osman Marzuki dari Pokok Sena. Beliau pernah menjadi ADUN Kedah puluhan tahun yang lalu. Pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dituduh P.A.S.(Pasukan Angkatan Sabilullah atau PAS underground).
Tiba-tiba beliau lari keluar negara, kerana akan ditahan sekali lagi di bawah ISA dalam satu operasi tangkapan borong. Waktu itulah beliau sentiasa menghubungiku dari luar negara, dan secara tidak langsung aku menjadi penghubung antara beliau dengan pimpinan PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor. Terakhir Ustaz Fadzil mengutuskan aku menemuinya di Thailand, menyuruh beliau pulang menghidupkan kembali 'Muassasah Durul Ulum' yang terbengkalai kerana campurtangan kerajaan Kedah.
Tanpa disedari kelopak mataku sudah basah digenangi airmata, mengingatkan kawan-kawan lamaku. Seorang darinya adalah Allahyarham Ustaz Osman Marzuki dari Pokok Sena. Beliau pernah menjadi ADUN Kedah puluhan tahun yang lalu. Pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dituduh P.A.S.(Pasukan Angkatan Sabilullah atau PAS underground).
Tiba-tiba beliau lari keluar negara, kerana akan ditahan sekali lagi di bawah ISA dalam satu operasi tangkapan borong. Waktu itulah beliau sentiasa menghubungiku dari luar negara, dan secara tidak langsung aku menjadi penghubung antara beliau dengan pimpinan PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor. Terakhir Ustaz Fadzil mengutuskan aku menemuinya di Thailand, menyuruh beliau pulang menghidupkan kembali 'Muassasah Durul Ulum' yang terbengkalai kerana campurtangan kerajaan Kedah.
Ustaz Osman pulang, mula membangunkan tanah Muassasah, buat 'Pekan Sari' sebelum rumah-rumah dibina. Ustaz Fadhil pernah mempelawa aku bermukim di komplek muassasah sana. Di situlah kami PAS Balik Pulau waktu itu mengambil idea Ustaz Osman menubuhkan 'Projek Pasar Negara' di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Berbalik kepada kisah keikhlasan Ustaz Osman, satu hari beliau berjumpa aku, katanya..
"Mat! Hang banyak tolong aku masa aku lari keluar negara, sampai aku boleh pergi ke Arab Saudi, Brunei dan lain-lain. La ni, aku nak tolong hang balik, tapi aku takdak duit. Cuma aku nak bagitau, aku ada sorang anak murid aku yang cukup baik, bekerja di suatu institusi kewangan di ibupejabat di KL.
"Dia memegang kuasa dan tanggung jawab untuk meluluskan kewangan pinjaman. Aku pikir hang layak, minta pinjam besarkan perniagaan hang. Aku boleh tolong hang, bawa jumpa dia. Aku yakin dia akan tolong. Kerana ini permohonan pertama aku dan mungkin terakhir.
"Kurang-kurang kalau hang berjaya, hang boleh tengok-tengok keluarga aku yang susah bila aku mati nanti, kerana aku tidak banyak harta." katanya dengan penuh harapan.
"Al-hamdulillah. Memang itu yang ku cari!" Sambutku gembira.
Tetapi, bila ku fikir-fikir, aku rasa ada orang lain lebih layak aku bantu atas dasar perjuangan Islam dan PAS di Balik Pulau. Akhirnya ku serahkan peluang ini kepadanya, setelah berbincang dengan Ustaz Osman. Akhirnya dia berjaya dengan pinjaman awal RM ratusan ribu, tanpa cagaran. Sekarang dia sudah tergolong hartawan atau usahawan yang berjaya, hasil dari ke'ikhlas'an kepada Allah SWT. Ramai kawan-kawan yang turut membantu waktu itu dan turut gembira.
Kalau dia itu kini berjaya memakai Mercedes X Class, logiknya dia tidak akan berjaya memakai X Class kalau tidak ada sikap 'ikhlas' dari kawan-kawan berbagai pihak itu. Jadi, kata-kata "Yang penting sekarang, 'X Class' bukan 'ikhlas'!" itu, amat tidak sesuai dari sudut akhlak Islam.
Memang tepat, apa yang dikatakan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor Presiden PAS ke 6, seperti di atas, 'Ujian daripada Allah ada dua, ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan.'
Di Balik Pulau kampungku, waktu aku kecil-kecil dulu ada sawah padi. Berhampiran dengan bendang padi itu, ada hutan bakau berbatasan dengan laut. Di hutan-hutan itu banyak kera-kera yang sering mengganggu tanaman penduduk. Waktu ribut bertiup kencang kera-kera itu berpegang erat pada dahan dan ranting takut jatuh.
Pokoknya mereka tidak akan jatuh dengan tiupan angin kencang, kecuali kalau dahan-dahan besar itu terbongkar rekah. Tetapi kalau angin yang bertiup itu halus lembut sepoi-sepoi bahasa, mereka bagaikan dibuai mimpi tertidur, tangan terlepas dari pegangan, akhirnya jatuh.
Mungkin itukah yang terjadi kepada manusia jenis pentingkan X Class dari ikhlas itu?
Sekian komenku, sekadar muhasabah diri... As-salamu 'alaikum.
4 comments:
Hayatilah pengertian dr Surah At Takasur yg disebutkan menyamai seperenam Al Quran ganjarannya bg yg mengamalkannya.
Islam mengajar umatnya jadi kaya..
Boleh sapa tolong hurai..
aku tak berapa jelas.
Jadi kaya, memperbanyak harta itu naluri, tidak dilarang. Islam menunjuk cara yg halal, guna pd yg halal, dan jgn dilupa bekalan Akhirat.
Di Syurga ramai yg miskin, bukan galakkan utk jadi miskin tp peringatan utk yg kaya. Begitu juga yg kaya dan beriman lewat ke Syurga bukan tegahan utk jadi kaya tp peringatan agar sentiasa diperguna pd yg halal dan jln kebaikan.
Umat Islam perlu kaya, individu Islam perlu sederhana...nasihat kat kawan tu suruh jadi usahawan hidup ringkas
Post a Comment