Wanita itu ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Curang dengan rakan isteri
SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.
Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.
Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.
“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.
“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.
Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.
Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya, kerajaan Malaysia kena selesaikan masalah ini dengan pendidikan perlaksanaan hukum hudud. Orang Islam tentu yakin undang-undang ciptaan Allah lebih baik dari undangan ciptaan manusia. Kecuali kafirun, fasiqun atau zalimun..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
7 comments:
semua tu dah ketentuan Tuhan...sape ckp ?? Fathul Bari ok...bukan gua ckp
Bodoh sangat anon di atas. Orang rujuk Quran Hadis, bukan rujuk budak UMNO kaki temberang tu!
Bro anon 9.19pm, apa yang dimaksudkan oleh anon 8.49 sebenarnya adalah bentuk sindiran bukan suruh percaya cakap ulama upahan umno. Sekarang elok PAS kuatkuasakan aje hukum hudud di Kelantan pedulikan kerajaan pusat mana lebih besar Allah ke kerajaan pusat BN. Antara perlembagaan Allah dengan perlembagaan Malaysia yang mana patut kita ikut ? Kuat kuasakan hudud Allahuakbar
Ada 2 perinfkat nak laksanakan hudud.
1. basuh otak macam anon 10;22 tu dulu. buang karat jahiliah, biar pikir waras.
2. tumbangkan umno/bn. naikkan pas/pr.
3. baru boeh buat hudud.
Pun x boleh jugak..
Islam xkan membangun bersama parti..nanti akan jadi Parti Islam..bukan Agama Islam..
Islam hanya akan bangkit bersama para umatnya yang berhati suci bersih, bebas dari bintik2 hitam dengki dan sombong,yang merasa dirinya sahaja betul..
Islam hanya akan bangkit bersama2 kepimpinan yang semata2 hanya kerana Allah..bukan parti dan bukan persatuan mahupun NGO2...tq
Ini satu lagi otak umno karat. Tubuh parti tu kerana Allah la. Dalam Quran ada sebut Hizbullah. Parti Allah. nak perjuang agama Allah, hukum Allah, negara Islam.
Kecuali umno pejuangkan asobiah sesat,dalam Quran sebut hizbus syaitan. Heee boboh sungguh umno.
cerita bogel..tapi nampak gambar tGNA..kena cek balikni
Post a Comment