'Flash Mob' Bantah Kenaikan Harga Petrol Diganggu Wanita Tanggal Pakaian
KUALA LUMPUR: Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh
sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya
dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan
pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.
Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.
Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan. Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.
Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang. Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak.
"Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian.
"Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu bukan sebahagian daripada demonstrasi ini," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star.
Beliau berkata, kumpulan itu akan meneruskan persembahan 'flash mob' pada pukul 5 petang setiap hari di Dataran Merdeka berikutan kenaikan harga petrol RON95 kepada 20 sen. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasanya yang duduk ganggu demontrasi parti pembangkang ini ialah puak-puak penyokong parti kerajaan? UMNO/BN agaknya? Agak saja, bukan betul-betul. Apa salahnya, sekali-sekala, gurau-gurau sikit....

best la diorang.. dpt tgk "wayang" free. ehehehe
ReplyDeletePerempuan.itu.tak.tahu.malu.bogel.sehingga.nampak.pakaian.dalam.
ReplyDelete