Dailymail: Dr Nayna Patel bersama wanita-wanita yang sewakan rahimnya
INI,berita seram dari India. Sebuah ‘kilang bayi’ pertama di dunia sedang dibangunkan. Tempat itu akan menjadi rumah bagi ratusan perempuan miskin yang dibayar untuk mengandung dan melahirkan anak-anak bagi pasangan kaya, terutama pasangan dari Eropah dan Amerika, yang tidak boleh hamil.
Dalam tempat ini, calon orangtua boleh mengirim sperma (embrio) ke sebuah premis di mana seorang perempuan kemudian disewa rahimnya untuk mengandung dan melahirkan anak, sebelum kemudiannya, pihak orangtua datang untuk menjemput anak mereka yang baru lahir.
Klinik yang bernilai multi-juta dollar itu akan dilengkapi apartemen bagi pasangan kaya yang datang berkunjung, satu tingkat untuk para 'surogate mother' (perempuan yang disewa rahimnya untuk mengandung bayi orang lain dengan iseminasi buatan), pejabat, bilik bersalin, sebuah departemen IVF, bahkan restoran serta kedai suvenir.
Doktor di balik klinik pengembangan berteknologi tinggi itu adalah Nayna Patel, menjalankan sebuah klinik yang menampung sekitar 100 perempuan hamil dalam satu rumah. Patel membayar setiap perempuan yang disewa rahimnya dengan tarif USD 8,019 dollar dari orangtua yang mengharapkan anak.
Program Patel di Anand, sebuah kota kecil di negara bahagian Gujarat di mana klinik baru itu sedang dalam tahap pembangunan, telah melahirkan hampir 600 bayi untuk pasangan kaya. Dr Patel, seorang perempuan, bercakap dalam sebuah filem dokumenter di program BBC Four pada Isnin (30/9/2013) malam bahawa dia telah menerima ancaman kematian dan menghadapi tuduhan mengeksploitasi orang miskin demi mendapatkan keuntungan.
"Saya menghadapi kecaman dan saya akan mendapat kecaman lagi. Menurut banyak orang, saya kontroversial. Ada dugaan tentang penjualan bayi, kilang pembuatan bayi," ujar Dr Nayna Nationalgeographic.
Dr Patel menegaskan bahawa ia sedang dalam misi seorang feminis. Ia mengatakan "penyewaan rahim adalah soal cara seorang perempuan membantu yang lain".
Dia menolak anggapan dirinya mengeksploitasi perempuan yang menyewakan rahimnya itu. "Para perempuan itu melakukan pekerjaan," katanya. "Ini sebuah pekerjaan fizik, mereka dibayar untuk pekerjaan itu. Para perempuan itu tahu tidak ada keuntungan tanpa rasa sakit."
Seorang perempuan yang disewa rahimnya, Papiya, yang sedang hamil bayi kembar untuk pasangan Amerika, mengatakan, dia merancang menggunakan wang hasil sewanya di sebuah rumah baru buat keluarganya. "Dengan memiliki bayi kembar, bererti kami mendapatkan fee yang lebih besar," katanya. "Saat terakhir saya menjadi ibu yang menyewakan rahim, saya membeli barang-barang rumah tangga, sebuah kereta, dan meminjamkan sebahagiannya untuk kakak ipar."
Seorang perempuan lain yang juga disewa rahimnya, Vasanti, mengatakan bahawa ia mampu mengirim puterinya ke sebuah sekolah berbahasa Inggeris yang baik dengan wang tunai yang ia perolehin. Dia juga menggunakan biaya itu untuk membangun rumah baru bagi keluarganya.
Komen weblog Ibnu Hasyim: Apa hukum sewa rahim dalam Islam?
'Sewa rahim' menurut bahasa adalah pemakaian/ peminjaman kandungan dengan membayar wang atau bayaran suatu imbalan.
Menurut istilah adalah menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma), iaitu pasangan suami isteri... Dan janin itu dikandung oleh wanita tersebut sampai lahir. Kemudian suami isteri itu, yang ingin memiliki anak akan membayar sejumlah wang kepada wanita penyewa rahimnya.
Jadi, kalau dllihat dalam syariat Islam, syarat mutlak atas status sah dari kelahiran seorang anak ke dunia ini adalah dengan jalur rasmi, iaitu akad nikah yang sah menurut agama.
Ini sesuai dengan Al-Quran..
- “Dan sesungguhnya kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. “ (QS Ar Ra’ad: 38)
- ”Allah menjadikan bagimu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu isteri-isterimu itu, anak-anakmu dan cucu-cucumu dan memberimu rezeki yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada Allah dengan batil dan mengingkari nikmat Allah?”. (QS. An-Nahl).
3 comments:
Tekanan hidup, kesempitan hidup miskin, tanpa pedoman agama, apa pun sanggup dilakukan.
Kemiskinan yg membawa kpd perlakuan terlarang oleh agama.
Bukan setakat sewa rahim je, pnh dgr jual organ pun ada.
Sewa rahim ini ada baik dan ada buruknya. Kebaikkannnya adalah membantu pasangan suami isteri yang sah tapi ada masalah melahirkan anak mendapat anak. Keburukkannya membolehkan perempuan yang tidak berkahwin mengandung. Teknologi ini kalau hendak diguna pakai perlu ada garis panduan yang menurut syariat. Semua teknologi di dunia ni adalah ilmu yang datang dari Allah. Kita sebagai umat Islam jangan jadi jumud jangan kita cepat membuat keputusan terus menolak sesuatu yang baru kerana ada keburukkan.
Post a Comment