Thursday, October 24, 2013

A.Hadi Awang Menang Tanpa Bertanding, 5 Dicalon Timbalan..



Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, berkata Abdul Hadi menang selepas seorang lagi calon tidak layak bertanding apabila hanya menerima satu pencalonan sahaja. (Sila lihat Pemilihan Presiden PAS: 2 Pencalonan, 1 ditolak, M...)
Bagaimanapun, katanya, Abdul Hadi hanya akan diisytiharkan menang tanpa bertanding jika menerima pencalonan itu.

Pada sidang media hari ini, Asmuni berkata, lima yang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden adalah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mohamad Sabu adalah penyandang jawatan ini.

Sebanyak 10 pencalonan diterima untuk  jawatan naib presiden iaitu Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Penyandang  jawatan ini adalah Salahuddin,  Husam dan Datuk Mahfuz Omar.

Asmuni memaklumkan, 134 borang pencalonan diterima daripada kawasan di seluruh negara bagi merebut jawatan utama kepimpinan PAS Pusat, tetapi  103 borang sahaja yang sah manakala 31 lagi ditolak.

Selamat Bermuktamar.

Lihat lanjut..  
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
  E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

Post a Comment