Rani Mukherjee
AKTRES tersohor di Bollywood, Rani Mukherjee dan Kareena Kapoor
antara yang menjaga batas maruah ketika berlakon biarpun kerap
mengenakan kostum yang menjolok mata. Begitu kononnya maruah aktres Bollywood di India yang menjadi perhatian dunia.Kedua-dua mereka akan menolak tawaran untuk beraksi tanpa seurat benang di badan, walaupun adegan intim, aksi mengghairahkan atau babak bercumbu pada layar lebar seolah-olah menjadi trend baharu dalam naskhah buatan India itu.
Baru-baru ini seorang pengarah filem Bollywood, Tigmanshu Dhulia mendedahkan bahawa dua bintang tersebut menolak tawaran untuk berlakon dalam naskhah baharunya atas alasan tersebut. Rani, 35, dan Kareena, 33, pada awalnya suka dengan skrip filem Begum Samru itu kerana ia sebuah naskhah yang berbeza, namun setelah meneliti skrip, mereka berpegang pada pendirian itu.
Beberapa babak dalam filem tentang zaman abad ke-18 di India itu memerlukan heroinnya untuk tampil tanpa seurat benang di hadapan kamera selain babak-babak separuh bogel. Pengarah tersebut mengaku bahawa watak sebagai puteri perwira itu merupakan watak idaman kebanyakan pelakon, tetapi tuntutan babak panas tersebut membuatkan ramai pelakon gred A berasa tawar hati.
Kareena
"Secara jujurnya, saya beritahu bahawa watak itu memerlukan banyak babak yang mendedahkan tubuh. Saya ada berbincang dengan Rani dan dia menyukai skripnya. Malangnya, dia menolak tawaran itu kerana enggan berbogel.
"Kareena juga memberikan alasan yang sama. Justeru, saya tidak fikir bahawa kebanyakan pelakon hebat dalam industri perfileman akan menerima tawaran itu.
Apakah kerana tidak mahu berbogel dalam filem mereka di sebut bermaruah? Takpalah kerana mereka di Bollywood, India. Bagaimanakah dengan yang Islam di Malaysia, Indonesia atau negara-negara umat Islam lain?
Di mana kayu ukur bermaruahnya seseorang menurut mereka? Sedangkan kayu ukur dan penilaian dalam Islam ialah Al-Qurqn dan Hadis..
Cara berfikir seperti di Bollywood itulah yang disebut tidak Islamik. Harap tidak ada di Malaysia yang berfikir begitu. Na 'auzubillah! (IH)
4 comments:
kenapa lah ramai tak suka pasukan johor terutama jdt sedangkan penyokong johor tak ada pun nak kutuk pasukan lain dan saya berharap jgn lagi pertikai tmj membeli pemain bintang jgn menghina tmj yg mana rakyat johor sayangi tmj
penyokong bolasepak sejati tak akan menghina lawan mereka secara peribadi.Kita "bermusuh" hanya atas dasar kesukanan..Silaturahim jangan kita putuskan.
Ada perkara yang lebih besar dari bolasepak itu sendiri.
Apa kena mengema dgn TMJ dan Bollywood. JDT dibenci sb TMJ kalau x silap saya. Sb mereka lebih sayang Peguam Kamal
betul2... tak perlu tmj campur utusan rakyat...
Post a Comment